Kisah Bendera yang belum dikibarkan
25 Zulkaedah 1442
Selepas 42 hari medan ruang solat berjamaah di surau dan masjid yang seluas padang bola adanya hanya terus dikuasai oleh golongan empat orang yang terpilih dari kalangan AJK yang berkemungkinan akan mendapat surga tanpa hisab...dan sudah 4 atau lima minggu solat Jumaat juga dimonopoli secara giliran berasama 12 orang lelaki pilihan di sekitar qaryah dengan sejumlah pegawai syarak di hujung selatan semenanjung emas yang ma'mur..
Sehingga hari ini, pengkisahan tentang jumlah jamaah solat adalah yang paling rendah mendapat tempat di hati warga medsos. Penceritaan dan pengkisahan di twiter, FB, IG apalagi grup wassap kampung, taman, surau , pejabat dan lain-lainnya juga hanya berkisar tentang politik yang tidak pernah puas oleh segelintir ahli politik liar yang kelaparan dan kehausan kuasa bahkan menjadi tamak dan khuatir pula akan kehilangan kuasa. Tentang jumlah yang dibenarkan ke pasar, ke kantor dan ke supermarket, jumlah jiran tetangga yang semakin terhimpit kelaparan hingga memaksa kepada agenda pengibaran bendera putih, kisah kelaparan haiwan yang mendorong kepada terkibarnya bendera merah, kisah keboborokan negara hingga memotivasi kepada kibaran bendera hitam (dah macam syiah).
Disebalik itu, tidak langsung kelihatan lintasan kelibat tulisan mengenai jemaah masjid yang statik tanpa ada usaha penambahan. Tiada siapa yang berani membawa slogan 'mari kibarkan bendera hijau' di masjid dan surau sebagai isyarat kepada para penguasa agama agar sedar untuk memulangkan kembali jumlah jamaah, kalaupun sangat kritikal untuk solat fardhu, maka setakat ini adalah mencukupi sekiranya diberi kelonggaran penambahan jamaah untuk solat Jumaat. Hatta parti agama yang memiliki secebis kuasa kini juga mendiamkan diri berkenaan jumlah jemaah di masjid dan surau yang tidak dibenarkan bertambah atas alasan covid-19. Namun malang sekali, ruang solat masjid dan surau dibenarkan pula untuk diisi oleh jemaah yang datang bagi membenarkan diri divaksin...walhal jumlah mereka lebih ramai dan masa beriktikaf tentu lebih lama diambil.
Penulis melihat kini, jumlah manusia yang berkeliaran pada waktu Jumaat di kota adalah tanpa ada perasaan segan silu lagi layaknya. Sememangnya bangsa yang tidak hanya mempedulikan erti solat berjamaah hanya akan terkesan dan tertunduk sedih ketika mendengar takbir hari raya berkumandang setahun dua kali sahaja...dan memuncak amarah bila dihadang dari solat dua hari raya, berziarah hari raya, berziarah kuburan dan menyembelih haiwan ternakan sambil bercita² mendapatkan kepala korban sebagai makanan enak sepanjang zulhijjah (?). Namun mereka ini tiada peduli akan azan mingguan untuk solat Jumaat.
Namun semenjak jumlah Jumaat hanya untuk 12 insan terpilih saban minggu, golongan ini kelihatan semakin angkuh dan berani tanpa menghiraukan kemuliaan hari Jumaat lagi. Antara jam 1 hingga 2 petang setiap Jumaat akan terlihat kelibat manusia melayu tanpa silu berkeliaran di mana² premis. Alanglah busuknya.
Adakah tempoh tanpa solat Jumaat kelak akan menjadi satu titik pemula agar manusia lelaki baligh lagi berakal dan mengucap kalimah toyyibah meskipun hanya sekali setahun ini menjadi berani dan tidak silu membudayakan maksiat meninggalkan solat Jumaat?
Adakah anak² kita kelak akan menjadi ganjil untuk menlangkah ke masjid setiap Jumaat? Dan yang lebih parah...akan datang orang² tua bercerita kepada anak² mereka pada suatu Jumaat
"Dulu kami pernah pergi solat Jumaat di masjid. Bila Covid, terus tak boleh pergi sampai sekarang..."
Apa khabar para penguasa agama? Janganlah membuat suasana tertanya² tanpa jawapan terus berleluasa...
Ampun maaf...Kepada Allah diserah segala urusan
Ulasan