Kisah Amalan 1 Muharram 1443 di bumi kembar Gotham City
1 Muharram 1443 hijriah
Sambutan rasmi kerajaan melayu-islam sejak mencapai kemerdekaan (mohon betulkan jika salah) sebagai lambang atau syiar tekad sebuah kerajaan yang komited terhadap Islam sebagai agama persekutuan.
Perlembagaan negara dengan tegas menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Maka ianya boleh ditafsirkan sebagai agama yang mempunyai keisitimewaan dan terletak kepada pihak eksekutif dan legislatif serta kehakiman untuk membuat tafsiran yang boleh menguntungkan Islam ataupun mengkesampingkan agama itu.
Sejak merdeka lagi, umat Islam terbahagi dua dalam menafsirkan perkara 3 yang termaktub dalam perlembagaan ini. Sebagian yang berfahaman sekular lebih gemar menafsirkan mengikut selera penjajah yang menjadi guru mereka, bahawa ianya hanyalah sekadar agama rasmi yang boleh ada dalam majlis rasmi, pertabalan, angkat sumpah dan selainnya, tidak lebih dari itu. Segolongan lagi menafsirkan dalam kerangka lebih luas yang boleh memartabatkan Islam sebagai agama tertinggi negara dan segala hukum hakam boleh sahaja dirujuk kepada nya tanpa perlu menoleh kepada common law semata².
Umat Islam di negara dari timur yang dinobatkan sebagai pembantu al mahdi akhir zaman lewat kini semakin diasak dengan pelbagai isu lain yang cuba menjauhkan mereka daripada tugas utama, membantu mandaulatkan agama dalam kehidupan dan bernegara. Antara persengketaan utama yang perlu ditangani bagi mengelak daripada terus terjerumus ke dalam kancah keduniaan ialah
1. Pertelingkahan antara pihak yang mengaku lebih Islam dari yang lain "holy than thou". Ianya penyakit yang sekian lama menjadi virus ciptaan barat untuk menghancurkan islam dari dalam. Yang paling hebat antara puak salafi dan juga asyai'rah Wa Maturidiah;
2. Persengketaan politik antara sesama bangsa dan agama atas nama untuk mengisytiharkan siapakah yang terpaling layak untuk memegang kuasa. Atas sebab ini, segala alat digunapakai termasuk menggunakan agama untuk kepentingan kelompok
Maka umat Islam adalah diseru untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Sebagaimana yang pernah dikisahkan oleh Dr Daniel yang merupakan salah seorang tokoh ilmuan yang kerap muncul di siaran TV3 setiap Jumaat, bahawa suatu ketika dalam zaman pemerintahan Abasiah (lupa nama khalifah pada waktu itu), berlaku bala gempa bumi, wabak penyakit dan pelbagai bala menimpa umat Islam. Apakah yang khalifah lakukan pada waktu itu, beliau telah menyeru agar rakyat kembali kepada Islam. Alat muzik yang merupakan syiar kemaksiatan di hancurkan. Peraturan agama diperketatkan. Maksiat terang-terangan segera ditutup dan dihukum para pelakunya. Maka akhirnya bala yang datang diangkat oleh Allah.
Maka dalam keadaan C19 sebagai bala terang yang munchul, maka pemerintah tertinggi negara sepatutnya bertindak menghalakan rakyat kepada ketaatan, taubat dan meninggalkan segala jenis maksiat. Bukan kerja ustaz picisan atau lebai di surau yang perlu menyingkir segala maksiat dan menyeru kebaikan sahaja. Tetapi pemerintah yang perlu melakukannya...
Kepada Allah diserah segala urusan...
Ulasan