Riwayat kereta 3

 24 Muharram 1443

Citra berwarna hitam dengan nombor pendaftaran JKX 1432 akhirnya menamatkan perkhidmatan dengan penulis sekitar Mac 2017. Dalam keadaan yang agak usang, tayar hadapan botak teruk hingga terpaksa menggunakan tayar 2nd hand disebabkan masalah kewangan, maka ianya ditukar ganti dengan pihak kereta nasional kedua dengan harga sekitar 10K. Pada awalnya itulah harga yang dipersetujui. Selepas dirundingi, kadar itu boleh dinaikkan lagi RM500. 



Maka kereta berusia 9 tahun dalam pegangan dan jagaan, pernah sekali dilaksanakan pembiayaan semula bagi mengurangkan amaun bayaran bulanan bertukar tangan. Banyak kenangan suka duka bersama kenderaan hitam itu. Paling jauh, pernah berkelana hingga ke Kelantan Darul Naim. Masa tu kondisi enjin masih baik. 

Cuma masalah citra yang biasa ialah pada tangki air enjin (radiator) yang kerap mengalami kebocoran. Penulis rasanya tiga ke empat kali (dah lupa....entah² lima kali) tukar tangki enjin disebabkan masalah kebocoran. Sangat paling mengerikan ialah berkelana ke KL menuju ke rumah abang ipar untuk melawat ibu saudara yang uzur (telah meninggal) bersama keluarga mertua bermula maghrib dan tiba di destinasi sekitar jam 11 atau 12 malam. Kondisi pada suhu kenderaan tidak menunjukkan tanda sebarang masalah. Sebaik tiba di lokasi, terdengar bunyi kipas agak kuat. Keesokan harinya, apabila dibuka radiator...KOSONG!! Bila diisi air, keluar kembali di bawah. Alhamdulillah masih selamat tiba. Maka terbanglah beberapa ratus RM untuk sesi pembelian tangki baharu dan juga penukaran salur yang rosak. Namun, beberapa minggu atau bulan selepas itu, keadaan jadi semula...



Maka tanpa menoleh lagi, penulis terpaksa membuat keputusan untuk mengelakkan lebih banyak kos pembaikan yang perlu dikeluarkan. Maka hasil jualan kereta tersebut, ntersembullah sebuah kenderaan Myvi versi 2017, kurang sedikit sahaja tempoh daripada Myvi terkini. Agak pelik kerana jurujual di syarikat tersebut LANGSUNG tidak membuat sebarang promosi akan kelahiran Myvi baharu terkini. Kalaulah tahu, nescaya penulis sanggup mengurung niat beberapa waktu untuk memiliki Myvi versi baharu.

Perjalanan bersama Myvi amat menyenangkan, mudah untuk dijaga dan alat ganti jauh lebih murah berbanding citra. Sebelum ini penulis berazam untuk tidak menggunakan kenderaan nasional. Tetapi zaman dan produk telah berubah dan ianya turut mempengaruhi pelanggan untuk turut merubah citra rasa mereka. 

Bersama Myvi alhamdulillah tiada masalah besar yang timbul. Penyelenggaraan berkala yang dipatuhi mampu menjamin kestabilan kenderaan. Paling jauh, ianya pernah dibawa hingga ke Ipoh kerana menghantar isteri berkursus. Masalah ketara ialah tayar belakang sebelah kiri kerap botak tanpa sebab. Dari 2017 sehingga 2020, enam buah tayar telah ditukar dimana empat melibatkan tayar belakang dengan keseluruhan berjumlah RM920.00

Jumlah perbelanjaan petrol dari 28 Mac 2017 hingga 6 April 2021 ialah sebanyak RM19,341.18

Jumlah kos servis berkala sehingga jan 2021 ialah RM3,490.52

Jumlah ini jauh berbeza dengan penyelnggaraan citra...

Kepada Allah diserah segala urusan



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol