Back To The Basic
16 Safar tahun ke 1443 daripada Hijrah Ar Rasul ﷺ
Seminggu telah berlalu selepas berjaya melalui atau menyaksikan temasya majlis walimah simple pada zaman PKP fasa 1. Sememangnya cabaran untuk melaksanakan majlis dalam masa ini agak terkawal berbanding pada zaman keemasan pra pandemik. Tetamu tidak digalakkan untuk datang meski ada hidangan yang disediakan. Hanya ahli keluarga terhampir yang disahkan sihat sahaja yang selayaknya datang bertamu dengan masa kehadiran yang ditetapkan untuk mengelakkan pertemuan bersakala besar pada satu satu masa.
Persediaan pelaminan tetap terbina dengan sentuhan tangan para amatur yang hanya seorang sahaja. Itupun dari kalangan ahli keluarga terhampir yang mempunyai sedikit kepakaran. Majlis akad nikah hanya diadakan di pejabat penguasa agama dengan kehadiran yang amat terhad.
Seusai urusan aqad nikah, mempelai menguruskan diri bersama pasangan yang baharu menjadi halal. Ahli keluarga yang kecil duduk bertandang di rumah pengantin menanti hidangan diedarkan. Tiada jiran tetangga yang diundang. Hanya waris keluarga terhampir sahaja. Itupun dengan bilangan yang amat terhad.
Back to the basic sebenarnya majlis pada zaman PKP ni
Kata salah seorang ahli keluarga berpangkat ibu saudara. Ya memang benar. Walimah zaman PKP adalah walimah paling agung dan bersejarah serta paling menjimatkan. Tiada sebarang angkatan pemuzik, pengacara liburan atau sekurang²nya peti suara berskala besar yang perlu disewa untuk menghiburkan lubang telinga sang pengunjung. Jumlah jemputan juga dikurangkan. Terdapat kisah dimana jamuan diedarkan secara drive tru tetapi ini tidak berlaku dalam majlis yang dikisahkan ini. Kesemuanya membawa kepada langkah penjimatan yang sangat besar, bahkan seolah² majlis walimah yang boleh dikatakan menepati syariat. Perkara ini boleh dirujuk di sini https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3166-al-kafi-1137-majlis-perkahwinan-tanggungjawab-suami-atau-mertua
Ini adalah antara hikmah disebalik C19 yang sedang bersenandung rancak di sekeliling kita. Tidak lama lagi ianya akan diisytiharkan pula sebagai endemik. Sudah bersediakah kita untuk hidup bersama virus ini?
Kepada Allah diserah segala urusan...
Ulasan