Kisah Anak Tentera : Berpuasa dan Beraya di dalam kem

 1 Rabiul Awwal 1443

Penulis mula di asuh untuk berpuasa oleh kedua orang tua penulis sekitar usia lapan tahun...Bersamaan tahun pertama berada di negeri di bawah bayu. Sepanjang di Lok Kawi Kem, amat jarang sebenarnya penulis dapat keluar pagar kem, apalagi untuk menikmati keindahan bandaraya Kota Kinabalu memandangkan ayah penulis tidak mempunyai kereta mahupun motosikal. Yang ada hanya sebuah basikal tua yang ditunggang untuk pergi bekerja. Selepas tahun kedua atau tahun ketiga baharu kelihatan ayah memiliki sebuah motosikal honda cup tua...



Berpuasa di dalam kem tentera mungkin hampir serupa dengan berpuasa di kampung. Kami anak² tentera juga terlibat untuk hadir ke masjid bagi menunaikan solat tarawih secara berjamaah. Seronoknya ialah kami pergi ke masjid beramai² dan terkadang sambil menyanyi lagu² tertentu. Mungkin sekadar untuk berseronok sahaja.

Tiada istilah untuk balik kampung semasa hari raya kerana faktor kampung yang jauh di semenanjung dan ketiadaan cuti yang panjang bagi tentera. Lagipun kos agak mahal. Tentera memang ada menerima waran penerbangan percuma untuk balik ke semenanjung saban tahun tetapi tidak semestinya pada hari raya.

Masih teringat gelagat berpuasa semasa kecil dimana tatkala waktu iftar sudah hampir tiba, penulis tanpa senghaja telah termakan sebiji sayur yang disuruh ibu untuk diletak di meja makan. Secara tidak senghaja kerana sudah terbiasa mengambil sedikit makanan dari pinggan...

Ramadhan pada waktu itu dihiasi dengan pelbagai rancangan TV bercorak keagamaan seperti siri filem mesir tentang sejarah nabi musa dan firaun manakala pada malamnya ialah pertandingan musabaqah peringkat antarabangsa. Tidak seperti Ramadhan mutakhir ini yang mana TV dihiasi dengan drama melalut bercinta dan pergaulan bebas sebagai asas utama disamping diselit kununnya iktibar agama dan juga rancangan khas penyediaan juadah seolah ramadhan adalah bulan pesta makan-makan sahaja!!

Minggu terakhir berpuasa biasa dihiasi dengan permainan mercun dan bunga api. Pada 29 Ramadhan, pengumuman hari raya adalah saat manis yang senantiasa dinantikan oleh kami di hadapan peti televisyen. Sekiranya esok hari raya dan kami gagal untuk membuat ramalan yang tepat, maka malam raya menjadi begitu meriah dengan ibu² di dapur sibuk menyiapkan juadah manakala para bapa sibuk memasak ketupat hingga ke dinihari di dalam tong biskut.

Pagi hari raya akan dihiasi dengan acara mengutip duit raya dari rumah ke rumah tanpa henti. Bayangkan terdapat beberapa belas berek tentera lima tingkat dengan setiap aras mengandungi 10 hingga 15 buah rumah. Tentu sahaja lumayan kutipan duit raya yang dapat. Cumanya pada waktu itu, poket cepat menjadi berat kerana wang syiling yang memenuhi poket. Paling rendah sebuah rumah akan dapat collection dua puluh sen dan kalau dapat 50 sen itu dah dianggap mewah, apalagi jika dapat seorang 1 ringgit...

Pergerakan kutipan wang raya biasanya akan cuba ditamatkan dalam masa sehari suntuk sahaja dan tidak akan masuk pada hari kedua ataupun pada malam hari. Tiada juga sebarang kerisauan yang timbul dikalangan keluarga sekiranya ada penculikan kerana di dalam kem, boleh dianggap selamat dengan izin Allah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol