Mencari Jumaat terbaik

 12 Jamadil Awwal 1443

Jumaat yang tenang dan mendung sejak munculnya sang mentari pagi di hari yang penuh keberkatan. Terpandang perkongsian jamaah whats up berkaitan teks khutbah Jumaat pada hari ini yang bakal dikumandangkan oleh khatib di seantero negeri hujung benua selatan beberapa jam lagi...



Penulis terhimbau kenangan ketika menunaikan solat Jumaat di salah sebuah institusi pengajian tinggi di hujung benua beberapa Jumaat yang lepas. Jemaah agak padat namun masjid tiga tingkat itu mampu menampung jamaah yang hadir. Penerapan SOP C19 agak ketat dimana petugas akan memeriksa setiap my sejahtera di pintu masuk sama ada telah scan atau belum, telah vaksin atau belum dan sebagainya. Pintu masuk hanya dihadkan pada pintu hadapan sahaja meskipun masjid pada umumnya diketahui mempunyai bilangan pintu yang banyak.

Oleh kerana penulis hadir agak lewat dari biasa, dan tidak berwudhuk serta mempunyai hajat, penulis telah tersilap melangkah masuk ke dalam perut masjid dengan anggaran, ada ruang laluan untuk ke tandas dan berwudhuk. Tetapi terjahan penulis sangat tersilap. Ruang menuju ke lokasi wudhuk dan tandas sebenarnya mempunyai laluan tetapi telah ditutup angkara C19. Maka penulis terpaksa keluar semula dan mengambil laluan luar untuk ke tandas dan seterusnya berwudhuk.

Seusai tahiyatul masjid, beberapa minit kemudian azan pertama dilaungkan sang muazzin bersuara merdu. Sebaik khatib duduk di mimbar, azan kedua dikumandangkan. Sebelum khatib berkhutbah, tidak kedengaran sang muazzin memberi peringatan untuk membaca hadith riwayat Abu Hurairah yang masyhur di kalangan muazzin Jumaat saban minggu seperti kebiasaan masjid lain di semenanjung hujung selatan benua.

Khutbah yang disampaikan memakai format pemerintah hujung selatan, tetapi teksnya adalah tersendiri dengan tajuk dajjal. Beberapa minit selepas berkhutbah, khatib membuat pernyataan,

"Sebelum saya meneruskan khutbah, diminta jamaah yang diluar sana agar naik ke tingkat tiga kerana masing banyak kekosongan ruang"

 Dan kemudian khatib terus berkhutbah dengan membicarakan tajuk berkaitan serta menggunakan hadith tamim ad dari berkaitan pertemuan secara tidak senghaja dengan dajjal yang dirantai di sebuah kepulauan dan ditemani oleh binatang berbulu yang tidak dapat diketahui mana hadapan dan belakang akibat lebatnya bulu di seluruh tubuh haiwan tersebut. Ironinya, haiwan itu mampu berkata².

Cara khatib membaca kisah teks khutbah amat bersahaja dan menarik tidak seperti khatib biasa membaca teks. Jalan cerita tamim ad dari diolah seperti bercerita dengan amat menarik hingga membuatkan jamaah tidak tidur seperti kebiasaan penulis. Menarik dan tertarik. Paling menarik, khatib menyatakan bahawa kisah ad dajjal akan disambung pada khutbah minggu berikutnya...

Tidak kelihatan atau kedengaran para jemaah berbual atau berbisik atau tertidur kecuali jamaah luar negara kerana asyik dengan tajuk khutbah yang disampaikan.

Maka dari ini kita dapat beberapa pengajaran

  1. Tidak menjadi kesalahan atau aib yang besar sekiranya khatib berinteraksi dengan jamaah bahkan perkara ini pernah berlaku dalam sunnah Junjungan 
  2. Tidak menjadi satu kesalahan atau aib sekiranya muazzin tidak memberi peringatan agar diam ketika khutbah bahkan tidak menyalahi sunnah. Bukankah lebih baik khatib sahaja yang memberikan peringatan semasa khutbah berdasarkan kepada keadaan semasa, iaitu sekiranya didengari suara keriuhan ketika berkhutbah;
  3. Teks khutbah perlu diolah mengikut keadaan setempat dan tidak hanya terikat kepada teks asal yang disediakan;
Kadang² kita terfikir, apakah Jumaat kita saban minggu hanya seqadar melepas batuk ditangga, atau sekadar melepaskan kefardhuan semata² tanpa perlu mengambil hikmah sebenar kefardhuan Jumaat? 

Apakah fungsi khutbah itu seqadar menggantikan dua rakaat fardhu zuhur sahaja atau apakah sebenarnya peranan medium khutbah dalam membentuk masyarakat?

Mengapa khatib atau pentadbiran masjid kelihatan 'gagal' memanfaatkan medium khutbah sebagai medium dakwah paling penting dalam menyampaikan pemikiran berkaitan Islam dan kehidupan?


الله أعلم


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol