Al kisah khutbah negara hujung selatan
Jumaat 7 Muharram 1444
Jumaat pertama dalam tahun baharu selepas 1444 tahun hijrah baginda Rasul ﷺ . Mungkin sudah dua minggu tajuk khutbah negara hujung tanah begitu bersemangat 'menyerang' golongan yang didakwa terkeluar dari pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah dan Al Maturudiah. Bagi ahli agama negara hujung tanah, menentang atau lebih halus, mempersoalkan acara doa akhir dan awal tahun serta mempertikaian bacaan tahlil yang 'wajib' dilaksanakan tanpa gagal di masjid dan surau kelolaaan mereka saban minggu boleh dianggap 'tergelincir' dari pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah dan Al Maturudiah. Perkara seumpama ini jika diperhalusi akan menjadi gelak tawa dari kalangan ahli ilmu sahaja. Mana mungkin amalan yang bersifat furu' ini boleh dianggap sebagai perkara yang mencacatkan pegangan akidah?
Mereka juga menyenaraikan golongan yang mempertikaian bacaan qunut antaranya adalah golongan yang cuba membawa perpecahan dalam negara tersebut. Mereka membawakan dalil surah al an'am ayat 159
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَرَّقُوا۟ دِينَهُمْ وَكَانُوا۟ شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِى شَىْءٍ ۚ إِنَّمَآ أَمْرُهُمْ إِلَى ٱللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَفْعَلُونَ
Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).
Ternyata perbincangan mengenai perkara² yang dibangkitkan saban minggu ini seolah senjata yang makan tuan sahaja. Masyarakat Islam sudah semakin celik untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar yang bersandarkan kepada ilmu yang sahih, bukan sekadar ikut-ikutan semata² tanpa berdasarkan kepada pegangan sebenar yang sahih sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para ulama yang benar-benar berpegang kepada ajaran al quran dan sunnah. Keghairahan saban minggu pada pemimpin agama negara hujung tanah menyerang dan melabel golongan yang ditakuti itu seolah manusia yang takut dengan bayang²sendiri sahaja.
Cukuplah pihak berkuasa agama menumpukan perkara lebih penting, seperti kajian pertumbuhan kuil-kuil hindu yang semakin memuncak di sekitar negara hujung tanah tanpa kawalan berbanding rumah² Allah yang semakin suram dan tidak bertambah meskipun sudah berada dalam kekuasaan golongan yang kununnya memperjuangkan bangsa dan agama...
Kepada Allah Berserah
Ulasan