Jurnal : Hari Pertama Selaku 41

 13 Jamadil Akhir 1443 

Pagi hari yang cerah secerah pawana...penulis agak terkejar² untuk membuat simulasi bagi menghantar anak² lebih awal ke sekolah. Ini berikutan perpindahan penulis dari ibu pejabat ke pejabat cawangan kecil yang terletak lebih dua marhalah dari kediaman teratak penulis.


Penulis berjaya mencari sarapan pagi di warung yang telah mula menyediakan sarapan seawal jam 5.30 am dakwanya. Maka ianya boleh dijadikan hot spot untuk hari² seterusnya memandangkan tiada warung menjual sarapan berbungkus yang lebih awal darinya di sekitar radius teratak penulis..

Berjaya meninggalkan teratak sekitar jam 6.50 am meski hari masih gelap. Ini berikutan waktu fajar sadiq semakin lewat di daerah tengah dan kawasan² yang sewaktu dengannya iaitu kira² jam 6.02 pagi...

Penulis berjaya tiba di pekan satelit yang menjadi titik tengah antara dua pekan sekitar jam 7.30 am dan hanya mencecahkan kad pekerja di mesin pengimbas buat kali terakhir dengan kad tersebut dengan catatan jam 7.45 am.

Penulis sempat menjenguk masuk ke pejabat terakhir ditugaskan sebagai PPT. Pengganti penulis telah pun berada lebih awal dan terserempak dengan penulis di aras bawah berhampiran dengan mesin pengimbas kehadiran yang terpegun di kakilima bangunan pentadbiran organisasi tersebut...

Tatkala hendak melangkah masuk ke dalam perut jentera angkat ke aras dua, terserempak dengan rakan penulis yang juga akan melapor diri selaku staf yang baharu dinaik taraf..

Jam di tangan tepat menunjukkan jam 8 pagi tatkala penulis dan rakan sejawatan yang ditemui tadi melangkah masuk ke lokasi melaporkan diri. Ramai juga peserta lain yang turut mendapat tarikh melapor diri yang sama rupa-rupanya. Ingatkan hanya geng yang berlapan ini sahaja...

"Ok sesiapa yang melapor diri, sila bergerak ke bilik di aras satu..."

Arahan dikeluarkan oleh seorang perjaka berkulit keputih-putihan. Kami bergerak menuruni anak² tangga ke aras satu yang hanya setingkat sahaja. Bergerak masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan, sudah ada ramai juga yang sedia menunggu.

Proses lapor diri memakan masa yang agak panjang. Segala dokumen yang diperlukan seperti borang pemeriksaan kesihatan, perakuan dan sebagainya diserahkan kepada pihak berkuasa. Proses berjalan agak lancar dan meriah serta disinari keceriaan yang terpancar jelas dari wajah² yang muncul pada pagi itu.

Sekitar jam 10.30 pagi, arahan baharu dikeluarkan dimana para pelapor diri digalakkan untuk minum pagi terlebih dahulu sebelum acara taklimat diadakan pada jam 11.00 pagi. Berjalan kaki menuju ke kafeteria yang menjadi lokasi tumpuan, hanya sepinggan kuew teow goreng bercampur rendang ayam menjadi pilihan bagi menutup sekelumit kelaparan yang mula merobek usus kecil. Alamak, terlupa pula membawa minuman serbuk min kafe yang sudah menjadi sebahagian daripada subjek menu pagi hari...

Sementara menunggu kehadiran sahabat yang merupakan mantan ketua pelajar (KP) salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang tersuhur di seantero negara muncul di muka pintu, penulis mula menyuap kuew teow ke dalam mulut yang sudah kekurangan gigi untuk mengisar makanan. Baharu sesuap masuk dan dikunyah ala kadar, telefon berdering dan rakan sejawat yang ditemui di muka jemtera pengangkat pagi tadi menghubungi untuk makan bersama..

Jam sudah menunjukkan pukul 10.46 am tatkala sahabat mantan KP tiba di meja makan manakala rakan sejawat telahpun mengambil beberapa cekodok untuk dinikmati sementara menunggu roti canai disiapkan. Mantan KP pula sempat dihidangkan dengan kacang pool yang menjadi hidangan pembuka selera beliau acapkali...

Sekitar jam 11, penulis dan rakan sejawat terpaksa mengundur diri membiarkan mantan KP menghabiskan kacang poolnya yang baharu separuh dijamah. Penulis tidak lupa untuk mengambil kabel yang dibawa bersama bagi bekalan dan persediaan untuk hijrah ke bumi cawangan...

Masuk ke perut bilik taklimat, ternyata acara masih belum dimulakan meski sang penceramah telah bersedia dengan pembesar suara sambil mencuba bunyi suara sendiri. Sekitar jam 11. 15 am, acara taklimat berkaitan dimulakan. Sekitar jam 12.15, taklimat tamat dan kami bersurai. Namun ia tidak habis setakat itu sahaja kerana ada beberapa persoalan yang berlegar dalam kepala penulis dan juga rakan sejawat di kaki jentera angkat...

Jom kita jumpa Pn S...kita tanya tentang kelayakan cuti dan hal-hal lain

Penulis bersetuju dan kami bergegas semula mendaki anak-anak tangga curam menuju ke aras dua semula. Masuk dan disambut oleh petugas kaunter. Puan S yang dimaksudkan sedia untuk ditemubual bagi menyelesaikan beberapa kemusykilan.

Baik..apa yang boleh saya bantu, ujar Puan S

Begini...kami ni lantikan baharu tapi cuti kami dah sampai 35 hari (telah lebih 10 tahun berkhidmat) jadi adakah dengan lantikan dijawatan baharu menyebabkan cuti kami kembali mengecil hingga menjadi 25 hari sahaja?

Oh...tidak sebenarnya. Cuti akan diambilkira mana yang terbaik. Dalam kes tuan², cuti 35 hari akan dipilih menjadi cuti tahunan.

Ok...soalan yang kedua, adakah baki cuti tahunan tahun sebelumnya yang banyak itu boleh masuk ke GCR atau hanya maksimum 15 hari itu sahaja?

Sudah semestinya hanya yang 15 hari itu sahaja yang boleh diambil kira setiap tahun

Oleh itu baki yang lain dikira batal?

Ya...

Bagaimana dengan kursus induksi dan transformasi minda..adakah memakai modul yang sama dan sekiranya sama sedangkan kami pernah mengikutinya dengan jaya sebelum ini, adakah boleh mendapat pengecualian?

Perkara itu boleh dipohon kepada unit latihan dan pihak mereka akan menentukan perkara tersebut dan boleh jadi ada subjek yang sebelum ini tiada dalam kursus induksi sebelumnya dan wujud dalam kursus transformasi menyebabkan tuan perlu hadir untuk slot yang tersebut sahaja..

Ok berkaitan dengan pencen pula, adakah pencen wajib kami berubah kepada 60 tahun sedangkan kami sebelum ini sign 55 dan 58?

Ya...memang pencen wajib adalah 60 tahun. Namun untuk pencen awal dan mendapat faedah serta bayaran bulanan tidak menjadi masalah sekiranya berpencen selepas berusia 55 tahun ...

Ok...terima kasih atas informasi...

Kemudian, kami menuruni anak tangga dan amat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Tatkala berada di kaunter aras bawah, kami melihat sekumpulan rakan² yang melapor diri tadinya telah mula membuat kad matriks. Maka kami menyertai perkumpulan tersebut dengan kaedah menulis nama dan butiran di dalam buku log, pada pandangan penulis. Kemudian, kami diberikan pilihan untuk mengambil gambar baharu atau menggunakan gambar sedia ada. Kami memilih menggunakan gambar sedia ada...

Terserempak juga dengan timbalan penguasa yang baharu sahaja masuk berpindah ke bangunan pentadbiran organisasi. Beliau menceritakan tentang perjalanan berulang alik beliau daru rumah ke ibu pejabat yang juga dengan jarak yang membolehkan qasar solat.

Pejabat baharu cawangan telah dihubungi terlebih dahulu melalui aplikasi wassap memaklumi tentang proses lapor diri yang memakan masa dan penulis mohon agar dapat melapor diri ke pejabat baharu selewat² pada esok hari. Ketua Pejabat penulis bersetuju dengan permohonan penulis...

Seusai zuhur, penulis bergerak untuk mengisi perut di gerai arab hadramaut yang menyajikan nasi arab dan shawarma. Maka shawarma lebih menarik perhatian penulis kerana enak dan lebih murah berbanding sepinggan nasi arab... Mungkin ini shawarma terakhir yang boleh dinikmati di ibu pejabat sebelum hijra ke pejabat cawangan...

Seusai menjelaskan bayaran, penulis bergerak menuju ke pejabat mantan KP untuk mengadakan sedikit perbincangan dan menyiapkan kerja yang masih tertunggak. Menjelang Asar, penulis bergerak meninggakan pejabat beliau. Petang yang indah untuk hari terakhir bertugas di ibu pejabat yang telah sudi menerima penulis selama 20 tahun genap!!

Hijrah memang sesuatu yang agak pahit untuk ditelan. Terpaksa bersusah dan mujahadah. Meninggalkan kehidupan zon selesa kepada zon yang masih misteri. Namun, sirah baginda Junjungan yang berhijrah meninggalkan bumi bakkah ke bumi medinah tatkala berusia awal 50 an menjadi satu azimat kepada penulis. Bahkan baginda juga mula berperang ketika berusia sekitar 53 tahun di ghazwah badar pada 17 Ramadhan...Berlawanan dengan kata² kebanyakan dari kita yang berusia sekitar 50 an yang semakin kurang bersemangat untuk bekerja kerana mendakwa sudah masuk usia berpencen...

Kepada Allah diserahkan segala urusan ... 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol