Escape From Hydrabad

3 Jamadil Akhir 1444

Hari ketiga di bumi Hyderabad,

Tidak ada ketika yang lebih menyeronokkan selain apabila mendapat tiket untuk kembali ke tanah air. Tiket di wassap yang dihantar oleh pihak ibu pejabat menyatakan dengan jelas tarikh 27 Dis 2022 jam 0022.

Timbul persoalan siapakah yang bakal menggantikan tempat penulis? Ianya tidak dapat dijawab dengan terang oleh pihak pengurusan di Johor Bahru.

Menjelang waktu zawaal, pihak HQ menyatakan bahawa seorang agen dari Hyderabad akan menggantikan penulis. Apabila dibawa masuk menghadap pihak pengurusan hospital, mereka menolak mentah² wakil tersebut. Mereka mahukan saudara mara pesakit untuk menggantikan pesakit. Keadaan mula menjadi cemas. Apatah lagi, bateri HP hanya tinggal 30%. Sudahlah nak dapatkan line internet yang kira ok pun agak payah. Perbualan hanya melalui penggilan wassap. Itupun sering terputus-putus. hendak mencari line telco india seperti mencari sebutir nasi di bumi tandus dan kering...

Perbincangan dengan pihak konsulat Malaysia juga dilibat uruskan. Maka akhirnya, sekitar jam 4 petang, apabila pihak hospital tetap berkeras dengan pendirian, pengarah syarikat penulis hubungi. Pengarah menyatakan agar penulis terus sahaja pulang memandangkan tiket telah dikeluarkan. Jika lepas, maka bersyukur. Jika ditahan di lapangan terbang, maka kembalilah...

Berat juga ayat tu...

Tanpa membuang masa, penulis terus bergegas pulang ke penginapan. mengemas barang yang ada. Kemudiannya, terus check out di kaunter dan dengan hanya menaiki tutut, penulis bergegas ke lapangan terbang rajiv ghandi dengan bayaran 1k rupee...



Dalam hati sepanjang perjalanan hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Khuatir sangat jika ditahan di tengah jalan atau ditahan dari memasuki lapangan terbang. Kisah² filem tamil yang saspen bermain diminda penulis...




Tutut yang ditumpangi hanya menurunkan penulis di simpang masuk ke lapangan terbang. Pemandu memberikan alasan, kenderaan tutut dilarang masuk ke lokasi lapangan terbang...ah sudah. Bangunan lapangan terbang telah kelihatan di kejauhan cumanya tidak pasti boleh dicapai dengan berjalan kaki sahaja?



Seorang muda menyapa penulis. Beliau memakai vest oren menunjukkan dia ada sedikit kuasa di kawasan itu. Dia menawarkan untuk membantu penulis menaiki kenderaan. 

Penulis pada mulanya kurang percaya. Adalah dia seorang scammer?

Dia berulang kali menyatakan, 

"Im Muslim. You dont be afraid. I will help you.." apabila dia membaca riak wajah kesangsian yang timbul di permukaan wajah penulis disenja yang mendebarkan.

Akhirnya, sebuah kenderaan berjaya ditahan dan penulis diminta masuk. Penulis yakin itu adalah kenderaan yang akan menuju ke lapangan terbang..

"International airport?"

"yeah..." jawap penulis. Dibahagian tempat duduk belakang sudah ada tiga orang penumpang lain.

Kedudukan simpang dan lapangan terbang sebenarnya tidaklah sebegitu jauh untuk dijalani. Setibanya di hadapan gate no 9, penulis diturunkan dan tiada bayaran yang dikenakan. Syukur...

Lapangan terbang mereka sangat berbeza dengan lapangan terbang di negara kita. Meskipun ianya bersaiz kecil sedikit daripada Senai, namun orang ramai yang berada di luar sangat ramai, bising, hingar bingar. Penulis terfikir, betul ke ni airport atau bus stand??

Setelah tertinjau², maka penulis akhirnya tahu bahawa pintu masuk ada di hadapan tetapi dihadang oleh ratusan manusia yang berstatus menghantar sanak saudara, jiran tetangga untuk terbang. Bagaimana nak masuk pintu tu? Penulis hanya mengekori beberapa orang yang sedang menolak troli dengan bagasi, maka bertemulah penulis dengan pintu masuk.

Pintu masuk dikawal oleh polis wanita india yang hampir setaraf dengan bintang filem bollywood atau tamilwood. Dek kerana penulis masuk terlalu awal dari waktu penerbangan, mereka bertanya adakah penulis benar² hendak masuk? Penulis lebih rela duduk di dalam airport daripada menghadapi hingar bingar manusia di luar...

Sebaik berada di dalam airport, maka keadaan menjadi reda sedikit. Sememangnya di sana tiada lokasi khas untuk menunaikan solat. Selepas menyelesaikan hajat di tandas, penulis cuba bertanya dengan kaunter pertanyaan perihal lokasi untuk solat. Penulis diberitahu, lokasi ada di dalam, selepas melepasi kaunter imigresen.

Sementara menunggu waktu untuk check in (CI), penulis mencari lokasi untuk cas bateri HP yang semakin melemah. Meskipun wifi free agak sukar didapati, tetapi HP perlu dipastikan hidup agar e-tiket tidak dijadikan modal untuk menahan penulis. 

Air port tersebut dikawal ketat oleh pihak polis dan juga tentera. Pihak tentera bersimpang siur dengan membawa mesingan canggih. Pandangan mata mereka begitu tajam memerhatikan manusia yang ada. Penulis yang duduk di tepi tiang menantikan bateri HP penuh pun ditegur agar duduk di kerusi yang agak jauh dari HP yang sedang dicas.

Sekitar jam 9 malam, pintu untuk CI mula dibuka. Penulis adalah orang kedua yang beratur. Perasaan masih dibayangi cemas dan khuatir jika ditahan dari mendapatkan tiket. 

Alhamdulillah proses berjalan lancar dan penulis berjaya mendapatkan boarding pass. CP kedua ialah untuk melepasi imigresen bagi pelepasan. Agak menyeramkan juga apabila petugas melihat visa sementara penulis yang tamat pada hari itu. Namun dengan izin Allah jua, segala-galanya lancar. Di bahagian kastam pula, tidak ada apapun alat yang ditahan. Penulis hanya membawa beg sandang dan sebuah beg plastik berisi alatan peribadi sahaja. Tiada bagasi besar yang dibawa. Maklumlah, disuruh turun seperti orang yang terjun payung terjun. Mana mungkin bagasi boleh dibawa bersama.

Selesai di imigresen, penulis mencari lokasi untuk menyelesaikan tuntutan kepada Tuhan. Tiada perkataan musolla atau prayer room di sini. Hanya ada ruang yang ditulis faith room jika tidak silap yang membolehkan apa-apa agama mengamalkan amalan mereka di lokasi yang ditentukan. Ada larangan untuk berbuat bising. Ini bermakna, tiada bacaan kuat yang boleh dilakukan.

Seusai sujud syukur, penulis keluar dan membeli coklat serta air mineral buat mengalas perut. Penantian di gatee 22B agak menyeksakan kerana ianya hanya dibuka sekitar jam 12 tengah malam. 

Akhirnya, pesawat pun berjaya terbang dan penulis duduk terhenyak di tepi tingkap kokpit pesawat di atas sayap...

Penerbangan mengambil masa kira-kira 4 jam dan kami mendarat di KL pada jam 7.30 pagi waktu tempatan...

Dari KLIA penulis mengambil bas ke TBS dan dari TBS mengambil bas kee kota kelahiran. Selamat tiba sekitar jam 1.30 tengahari waktu tempatan....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol