Kesatuan : Kemana arah dan tujuan?

 13 Syaaban 1444




  1. Menelusuri perjalanan sebuah kesatuan di salah sebuah institusi bermula dengan beberapa orang yang berjiwa pejuang bersetuju untuk membentuk sebuah kesatuan dalam erti kata sebenar bagi membela kebajikan dan nasib para pekerja yang dibawah kasta pengurusan & profesional (P&P). Persatuan dilihat tidak berkemampuan membawa suara marhaen ke meja perundingan bagi mendapatkan sedikit perubahan;
  2. Pada awalnya bergerak dalam rangka kerja yang terkawal serta tidak terlalu agresif dalam mengorak langkah menghadap pihak pengurusan;
  3. Kawalan ketat dari napolean kecil berjawatan telah menyebabkan kesatuan hampir kehilangan arah dan kemudi yang bersifat linear dan dilihat condong kepada pihak pengurusan menyebabkan timbul perasaan ketidak puasan hati dari segelintir jiwa muda yang berdarah memberontak;
  4. percubaan untuk menukar tampuk kepimpinan akhirnya berlaku meskipun dengan undian tipis;
  5. Ujian pertama berlaku dimana keanggotaan sebahagian ahli dilihat tidak sah kerana kegagalan SU terdahulu untuk mendaftarkan perubahan perlembagaan di pihak yang berkuasa;
  6. Implikasinya, kepimpinan yang berjaya yang mempunyai aspirasi merubah hala tuju Kesatuan dikesampingkan dan 'terpaksa' digantikan dengan kepimpinan lain yang merupakan 'proksi' dari kepimpinan yang tidak berjaya diabsahkan;
  7. Sebaik mendapat keabsahan kepimpinan oleh pihak berkuasa, Kesatuan terus bergerak dalam rangka yang 'dipimpin' secara amnya oleh tangan ghaib selaku penasihat tidak berjawatan serta tidak berbayar;
  8. Namun hala tuju masih tidak jelas dan kecondongan terhadap kabilah tertentu terus menghantui Kesatuan. Ini menyebabkan wakil kabilah tertentu yang menguasai bangunan aras tinggi menarik diri dari menganggotai dewan perwakilan;
  9. Pemilihan seterusnya menyaksikan kepimpinan yang gagal mendapat keabsahan sebelum ini memenangi arena pengundian;
  10. Ianya telah menampilkan muka lama dan baharu namun pejuang agresif telah mengundurkan diri lebih awal;
  11. Kesatuan mula bergerak untuk islah dan cuba mendapatkan haruman dari aroma perubahan. Namun kuasa napolean kecil yang baharu rupanya masih berlegar. Rupa²nya hasil penggulingan ( coup de tat) kepimpinan awal hanyalah retorik untuk menghalalkan kemasukan napolean kecil era baharu yang telah disolek dengan kosmetik murahan;
  12. Salah seorang kepimpinan mengundurkan diri dengan alasan politik murahan. Namun sebenarnya, tidak bersetuju dengan sang napolean kecil tetapi demi menjaga maslahat Kesatuan, mengundur diri dilihat lebih bermaruah;
  13. Suara kesatuan masih tenggelam timbul di meja perundingan dengan pihak pengurusan. Mengkritik tanpa fakta yang kukuh disertai kertas pembentangan hanyalah seolah sendawa di malam hari yang sejuk dan dingin disertai hujan lebat, tanpa diketahui oleh sesiapa ataupun dihiraukan oleh sesiapa;
  14. Meskipun kelihatan garang di meja rundingan, tetapi ianya menjadi bahan lelucon di kalangan pengurusan dan juga rakan² dari parti lain yang turut menyertai rundingan bulanan;
  15. Para pemilih tidak sepatutnya dikelabui oleh gula² kuih raya saban tahun ataupun cabutan bertuah semasa mesyuarat agung semata². Memilih pemimpin yang benar² berjiwa pejuang perlu dilakukan segera. Seqadar menyimpan sang napolean kecil yang bersembunyi di sebalik jawatan namun gagal menterjemah kehendak dan keperluan ahli di meja rundingan dengan baik hanya merugikan ahli dan kutipan yuran saban bulan hanyalah seqadar untuk program bersifat syok sendiri dan untuk kepentingan institusi semata² tanpa ada laba yang dapat dikutip oleh ahli;
  16. Sifat ahli yang terlalu taasub dan hanya percaya sang napolean kecil sahaja yang mampu untuk meneruskan legasi hanya merugikan ahli. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk merubah corak perjalanan Kesatuan agar boleh diterima oleh semua;
  17. Kesatuan tidak boleh hanya terarah kepada memperjuangkan nasib sesebuah kabilah semata² dengan cogankata, apabila kabilah kami terbela, nescaya terbela jua nasib kabilah yang bersama kami;
  18. Terlalu banyak bukti dan fakta yang menunjukkan pembelaan hanya berlegar di kalangan kabilah tertentu sahaja manakala kabilah lain yang juga ahli hanya seqadar melukut di tepi gantang dan terkial-kial sendirian untuk memperjuangkan nasib kabilah sendiri;
  19. Namun yang peliknya, setiap kali pemilihan berlangsung, napolean kecil bersama juak²nya sahaja yang memenangi pertandingan;
  20. Bagaimana pertandingan boleh dimenangi oleh kabilah lain jika ianya didominasi dan dimanipulasi sebaiknya oleh sang napolen kecil seorang diri?
  21. Suara ahli seolah kesimpan kemas dalam peti apabila peranan media sosial yang paling mudah dicapai hanya boleh diguna secara terus oleh admin semata². Ahli hanya menjadi tukang baca tanpa boleh berkuti. Kunun katanya siapa yang nak melayan pertanyaan yang bakal menjelma. Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai. Jika takut dikritik, usah memegang tampuk kuasa;
  22. Ahli pula hanya menjadi tukang sorak dan seronok menimang hadiah tidak setimpal setiap kali berlangsungnya hari agung?
  23. Moga Allah membantu golongan yang adil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Marhaban dan baraan

Kisah Seorang Jurutol