Jumaat Di Jame Wadi Hana

 26 Rejab 1444

  1. Jumaat terakhir bulan Rajab yang dikatakan sangat berkat oleh mereka yang mengimaninya dengan yakin berdasarkan kepada pengajaran guru² mereka;
  2. Penulis berkebetulan bermuqeem di bangunan New York sejak khamis dan gema keagungan isra mi'raj telah mula menghiasi bibir para asatizah sama ada di media sosial mahupun di media nyata;
  3. Berpeluang menghadiri solat Jumaat di jame Wadi Hana yang terletak di bawah jejantas yang sedag disiapkan,
  4. Semasa lawatan penulis beberapa bulan lepas, tidak berkesempatan solat Jumaat di situ;
  5. Azan yang dikumandangkan agak klasik dan jarang kedengaran di lokasi lain di seluruh alam melayu johor ketika ini;
  6. Terdapat gerai di bawah jejantas yang menyediakan sedikit makanan untuk memuaskan maksud nafsu pada waktu tengahari;
  7. Berjalan kaki dari New York ke masjid dan pulang mengingatkan penulis keadaan sewaktu di Makkah dan Madinah...cuma bilangannya sangat kecil;
  8. Terdapat sebuah kedai runcit kecil milik Muslim beberapa meter sebelum jalan besar yang memisahkannya dengan bangunan New York;
  9. Seusai solat, melayan anak untuk membeli sesuatu di kedai koperasi (?) milik bangunan New York;
  10. Bahan yang dijual tiada mempunyai sebarang tanda harga dan apabila ditanya, harganya sangat mahal berbanding di luar;
  11. Bayaran hanya boleh dibuat dengan wang tunai...tiada dasar penggunaan debit apalagi QR code. Berbanding kedai minum teh tarik bergelas kertas kecil di Hyderabad yang boleh dibuat bayaran secara cash less...negara semenanjung emas masih agak ketinggalan dalam teknologi tersebut sehingga tahun 2023? walaupun berada dalam sebuah bangunan yang hebat  di sebuah ''negara" dalam negara..?
  12. Harga kedai makan disekitar bangunan New York boleh dikatakan cekik darah dan tiada sebarang unsur rahmah. Sebagai contoh, untuk tomyam sea food dengan telur ayam goreng dadar dan nasi putih sahaja bernilai RM17.00. Char Kuew teaw goreng berharga RM10.00. Hanya makanan western dan juga makanan pakistani sahaja yang kelihatan rahmah dan juga menyelerakan;
  13. Sarapan pagi di kedai yang milik orang kita dengan hidangan lontong darat dua, bersama ayam goreng dua ketul, rendang daging, air milo ais, air teh ais, air panas kosong, tiga keping roti sarang burung kosong mencecah RM55...!!
  14. Selamat berhari Jumaat dan salam menu rahmah buat semua rakyat Madani yang dikasihi ...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol