Aku dan PPT : cuma 400 jam sahaja
3 Syaaban 1444
- Awal Jan 2014 penulis menerima surat arahan untuk berpindah ke pejabat aras tinggi,
- Penulis telah melapor diri pada pagi 9 Feb 2014 di pejabat aras tinggi sebagaimana arahan;
- Muncul desas desus bergentayangan seperti hantu cina yang mempertikaian kelayakan dan kesesuaian penulis berada di pejabat tersebut. Berkebetulan penulis banyak bercuti disebabkan ibu penulis jatuh sakit dan tidak sedarkan diri selama seminggu hingga membawa kepada kematian beliau;
- Muncul aduan rasmi yang menyatakan bahawa penulis adalah sosok yang sangat tidak sesuai untuk bertugas diaras tinggi yang menempatkan golongan bangsawan semasa, napolean kecil dan manusia hebat rata-ratanya;
- Penulis di arah bertukar ke pejabat lain bermula 1 April 2014. Ada sesuatu yang agak pelik dan misteri;
- Penulis bertemu dengan beberapa pembesar tetapi tiada satupun jawapan yang memuaskan hati penulis;
- Arahan dan keputusan perlu dibuat dengan lebih baik dan pertimbangan yang sedalamnya sebelum diputuskan dan dilaksanakan. Dengan menggunakan kaedah try and error semata akan meninggalkan parut kepada yang terlibat;
- Tidak semua penghuni pejabat dapat menerima kehadiran muka baharu, khususnya yang mempunyai persepsi. Lebih-lebih lagi jika wujud small napolean di kalangan ahlinya. Apabila tahu diri kurang diterima, semoleknya cubalah membuat perubahan. Namun jika berbuat demikian hanya dianggap hipokrit, bertukar ke pejabat lain mungkin lebih menarik;
- Pertukaran untuk tempoh masa yang terlalu singkat boleh menimbulkan persepsi negatif di kalangan warga terhadap individu yang dimangsakan. Ayat untuk kepentingan perkhidmatan adalah gula-gula yang boleh mencipta fenomena bagi menceriakan suasana walau diketahui umum ianya adalah hanya alat kosmetik;
- Misteri aduan yang dibuat masih terus menjadi misteri. Penulis tidak pernah dipanggil untuk mengetahui apalagi menjawab aduan yang dibuat, entahkan fitnah atau kisah israilliyat. Jika benar maka boleh dijadikan panduan mengislah diri. Jika fitnah, sekurang kurangnya bolehlah di perdebatkan untuk memperbetulkan keadaan;
- Moga Allah mengampuni kita semua
Ulasan