Anwar yang kukenali
3 Syaaban 1444
- Melihat wajah PMX di kaca monitor gajet melalui siaran langsung pembentangan bajet 2023 .. menghimbau kembali kenangan pembentangan bajet sekitar tahun 1995-1997 tatkala sosok yang sama memegang tanggungjawab selaku menteri kewangan. Petikan ayat al quran masih juga tidak lekang dari bibir beliau. Cumanya mungkin ayat dari surah yusof berkenaan 7 tahun musim kemarau, tujuh tahun musim menyimpan dan tujuh tahun musim subur tidak kedengaran lagi;
- Penulis yang pada waktu tersebut masih dikategorikan sebagai yang menolak kepimpinan sedia ada hanya acuh tak acuh sahaja berkaitan beliau;
- Penulis adalah pendukung tegar islamis kiri yang mana kepimpinannya menolak sama sekali dasar islamisasi kerajaan pada waktu tersebut. Istilah negara madani juga pernah disebut waktu itu tetapi masih dipandang sepi oleh golongan Islamis kiri;
- Dengan memdapat tarbiah serta ahli usrah tegar golongan islamis kiri di IPTA, sentimen anti beliau terus diterap dan disemai subur dalam dada para pelajar yang mengikuti usrah, bahkan ada kalangam naqib yang khusus membicarakan keburukan beliau di sepanjang sesi;
- Meskipun penulis termasuk dalam geng usrah tersebut secara aktif, namun menolak beliau secara total tidaklah termasuk dalam benak penulis. Teori Islam ala Amerika yang dikatakan akan berlaku sebaik beliau dinobatkan sebagai PM selepas Tun terus disebar luaskan oleh ayam tambatan parti (kini sebahagian kabinet beliau). Kununnya beliau akan membaca khutbah di masjid negara pada hari pertama pemerintahannya dan seterusnya pelaksanaan Islam hanya pada rukun yang wajib sahaja dan menolak pelaksanaan secara syumul ;
- Walau bagaimanapun, untuk pemilihan pimpinan pelajar di kampus sememangnya wujud dua pihak yang berada atas landasan Islam tetapi berlainan kefahaman dan pendekatan berkaitannya yang bersaing untuk mendapatkan sokongan majoriti pelajar bagi membentuk saf kepimpinan peringkat kampus;
- Apabilan saudara Anwar dipecat dan ditolak dari UMNO dengan tuduhan jijik yang direka, maka penulis mula memberikan perhatian penuh kepada perjuangan beliau;
- Amat jarang penulis gagal hadir dalam rapat umum yang dihadiri oleh beliau jika dilaksanakan dalam kawasan yang mudah dicapai oleh penulis. Namun begitu, kefahaman islamis kiri masih kuat digigit oleh geraham penulis;
- Sebaik sahaja kepimpinan bertukar selepas kewafatan pemimpin agung, dan juga apabila berlaku perpecahan, penolakan terhadap tahalluf, pengenalan kepada muafakat, maka penulis mula menjauhi kefahaman islamis kiri;
- Kepimpinan Islam perlu dijelmakan dalam dunia realiti yang dahagakan kepimpinan yang mampu benar² mewujudkan sebuah kepimpinan Islam yang paling hampir kepada hakiki. Tidak tertakluk kepada pemakaian semata² atau laungan atas nama Tuhan yang palsu dan penuh dendam kesumat;
- Dengan trend sindrom penidakkan terhadap kepimpinan beliau yang semakin mengombak kuat atas nama Tuhan, beliau terus menjalankan amanah tanpa kelihatan sisi tindakan yang merugikan Islam;
- Beliau adalah pemimpin yang mudah didekati dan mampu menyamopaikan hajat untuk berswafoto dengan mudah;
- Kali terakhir penulis berpeluang bergambar dengan beliau semasa kerajaan 22 bulan memegang tampuk kuasa;
- kali pertama bertemu beliau selepas dinobatkan selaku PM adalah semasa lawatan solat Jumaat di semenanjung selatan tanah air. Tetapi peluang untuk bergambar dengan beliau sudah agak sukar...
- Mungkin penulis bukanlah reformis tegar yang sanggup mengharungi mehnah dan tribulasi sejak 1998. Namun perhatian penulis tetap bersama beliau sejak itu sehingga kini;
- Sebahagian pentaksub beliau ada yang menyatakan bahawa keadaan beliau mengambil tampuk pemerintahan sama seperti zaman amirul mukminin Ali bin Abi Talib. Beliau ini terpaksa bersekongkol dengan pihak pemberontak demi mengukuhkan kestabilan kerajaan, meskipun tindakannya dilihat tidak benar di sisi sebahagian sahabat di Damsyik;
- Namun inilah ijtihad yang ada untuk masa ini demi mengekang kerakusan pihak bughah yang senantiasa mengintai peluang untuk menikmati puncak kuasa dan seterusnya memunggah hasil kekayaan negara untuk dinikmati oleh sebahagian manusia sahaja;
- Moga Allah membantu pemerintahan beliau
Ulasan