Ramadhan : SKT yang dipandang sepi
21 Syaaban 1444
- Tajuk yang terlewat untuk ditulis dan dihabiskan..Ramai yang menantikan kehadiran Ramadhan, namun masing² mempunyai nawaitu yang tersendiri sama ada untuk gembira ataupun tidak, bahkan tidak terlalu memeranjatkan jika ada yang berkeluh kesah dengan kedatangannya (moga para pembaca tidak termasuk dalam golongan seumpama ini);
- Musibah (?) banjir yang melanda beberapa daratan di negara hujung selatan dalam Syaaban ini agak menggugah dan memberikan impak yang tidak kurang besarnya untuk ditanggung oleh mangsa;
- Dengan bulan Ramadhan yang menghampiri yang lebih dikenali sebagai bulan makan² (?) Syawal yang paling syahdu untuk golongan bani Ta Mim biasanya dan pembukaan semula pagar² sekolah mungkin akan sedikit terasa beban dan poket;
- Ada yang gembira dengan Ramadhan, kerana mereka boleh menjadi pedagang di sepanjang bulan mulia dengan beberapa bentuk dagangan sama ada secara F2F atau secara maya dimana boleh dikatakan apa sahaja yang cuba didagang dalam bulan ini, khususnya yang berbentuk makanan dan minuman, dengan sedikit hiasan latar akan mampu laku keras;
- Maka kita biasa membaca berita akan pembaziran makanan di sepanjang Ramadhan di hampir setiap tahun, sedangkan beberapa bulan ini manusia disebukkan dengan harga makanan yang semakin mahal, tetapi pembaziran makanan masih berlaku di seluruh dataran yang didiami manusia;
- Sebuah rencana yang pernah ditulis dalam Mstar bertajuk pembaziran makanan Di Malaysia Sangat Tinggi menyatakan dengan jelas bahawa hampir setiap hari sebanyak 3000 tan metrik makanan yang pada asasnya masih belum disentuh dan boleh dimakan terbuang;
- Contoh paling mudah, sebuah restoran makanan segera, akan membuang makanan yang tidak habis untuk hari perniagaannya berakhir, tanpa boleh dibawa balik oleh pekerjanya - walhal jika ianya diserahkan kepada gelandangan itu lebih mulia, atau setidak²nya dibawa balik oleh pekerja untuk dijadikan sarapan pada keesokkan harinya;
- Pada asasnya, Ramadhan bulan suci untuk menjana taqwa menunjukkan perangkaan statistik dengan trend menaik iaitu peningkatan antara 15-20% pembuangan makanan berbanding bulan lain;
- Seharusnya pihak pemerintah MENGURANGKAN jumlah penjual di pasar ramadhan serta menghadkan jumlah dan jenis jualan penjual untuk mengelakkan pembaziran yang boleh mengundang kepada tali persaudaraan syaitan;
- Kadangkala amat keliru kerana jumlah makanan yang ditawarkan sangat mewah di mana² atas nama iftaar. Hotel dan restoran mahal juga tidak ketinggalan menawarkan buffet buat menjamu nafsu. Bagaimana kpi Ramadhan iaitu taqwa hendak dicapai?
- Kita sering memikirkan SKT - Sasaran Kerja Tahunan yang hendak dicapai pada akhir tahun pekerjaan, dari segi kuantiti dan kualiti, namun SKT untuk dibawa ke alam barzakh amat jarang untuk diperkatakan, di bincangkan dan dijadikan keazaman serta panduan untuk mencari ijazah taqwa yang merupakan anugerah tahunan?
- Marilah kita memikirkan apakah yang dimakan oleh anak² palestin, Sudan, India, Suriah bahkan gelandangan tatkala kita menghadap iftaar mewah dalam majlis tajaan borjois...dimanakah taqwa yang tersembunyi itu?
- Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk menjadikan Ramadhan tahun 1444 sebagai yang lebih baik dari sebelumnya...
Ulasan