Ucapan Selamat Hari Raya Di Kalangan Melayu
Sorotan 9 Syawal 1444
- Sesi rumah terbuka Madani terus berjalan dengan baik meski terdapat banyak rungutan dan juga sungutan berkaitan pembaziran, penggunaan jentera kerajaan, serampang dua mata untuk kempen PRN dan sebagainya;
- Kadangkala agak pelik apabila acara memberi makan kepada rakyat dianggap satu pembaziran manakala perolehan kenderaan mewah untuk ADUN dianggap sebagai langkah untuk syiar sebagai pendakwah?
- Meskipun syawal telah hampir ke penghujung, sambutan masih berlangsung hampir setiap hari di semenanjung hujung selatan. Dari acara rumah terbuka individu, jabatan, unit, kelab hinggalah ke acara marhaban di setiap malam tanpa mengira hari bekerja atau cuti hujung minggu;
- Acara di pejabat atau di hotel, mahupun di institusi lebih hangat dengan sajian tarian dan nyanyian, meskipun tidak terlalu keras iramanya, namun lantunan dan tari gelek sang penghibur suam kuku pasti akan melalaikan sesiapa sahaja yang mungkin 'tersinggah' walau hanya untuk makan dan minum. Anehnya, tarian dan nyanyian adakan didahului dengan bacaan sekalimat doa mohon petunjuk dan keberkatan. Lebih menyayat hati, diserikan pula dengan bacaan solawat dengan nada tinggi;
- Walau saban malam berselawat nada tinggi masuk ke setiap rumah jiran dan taulan, sahabat dan kerabat, namun keesokan paginya masih mampu berkaraoke dalam majlis sambutan hari raya peringkat jabatan dan sebagainya;
- budaya bergumbire dengan menunggang nama hari raya sememangnya sangat sebati dengan kehidupan dan menjadi trend sejak dulu hingga ke hari ini;
- Sebelum kedatangan islam, kaum jahiliyah juga mempunyai dua hari raya iaitu nairuz dan mahrajan. Ianya disambut dengan penuh gilang gemilang seperti acara tari menari, makan makanan yang lazat dan mabuk;
- Apabila turun ayat kewajiban berpuasa pada tahun ke dua hijrah, maka Nabi ﷺ menyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abu Daud dan Nasai , "Sesungguhnya Allah menggantikan dua hari raya itu dengan hari raya yang lebih baik iaitu Eid Fitr dan Eid Adha"
- Berkebetulan pula peperangan badar, yang merupakan peperangan pertama dalam Islam berlaku pada Ramadhan pertama, tahun kedua hijrah. Eid Fitr yang disambut buat pertama kali pada tahun tersebut merupakan perayaan untuk meraikan dua kemenangan yang agung, kemenangan mengatasi nafsu sepanjang Ramadhan dan kemenangan kaum muslimin di Badar;
- Daripada ‘Aisyah R.Anha, beliau meriwayatkan:
- Menyambut hari raya secara bersederhana adalah merupakan sunnah baginda ﷺ. Namun dengan menambah hari perayaan sehingga masuk ke bulan Zulkaedah masih lagi terdapat acara atas nama Eid adalah sesuatu yang agak ganjil dan tidak boleh diterima sepenuhnya.
- Janganlah kita kembali untuk meraikan hari raya seperti zaman jahiliah sedangkan baginda ﷺ telahpun membebaskan kita dari belenggunya dan menggantikan dua hari raya jahiliah dengan perayaan yang lebih baik dan suci;
- Semoga Allah memelihara kita semua
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، دَخَلَ عَلَيْهَا وَالنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عِنْدَهَا يَوْمَ فِطْرٍ أَوْ أَضْحًى، وَعِنْدَهَا قَيْنَتَانِ {تُغَنِّيَانِ} بِمَا تَقَاذَفَتِ الأَنْصَارُ يَوْمَ بُعَاثَ. فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ مِزْمَارُ الشَّيْطَانِ مَرَّتَيْنِ. فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم " دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ، إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا، وَإِنَّ عِيدَنَا هَذَا الْيَوْمُ "
Maksudnya: Suatu hari Abu Bakar RA datang melawatnya pada hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, dan Nabi Muhammad SAW ada bersamanya pada hari itu. Bersama Aisyah juga ada dua orang penyanyi wanita yang sedang menyanyikan lagu kaum Ansar tentang hari Bu’ath. Maka Abu Bakar pun berkata “seruling syaitan” sebanyak dua kali. Maka Nabi SAW pun berkata “biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari perayaan, dan hari ini merupakan hari raya bagi kita. Sahih al-Bukhari (3931) dan Sahih Muslim (892)
Ulasan