Muharram 1445

1 Muharram 1445

  1. Amalan lazim kalangan bani ta mim setanah semenanjung emas ialah berkumpul di masjid atau surau atau mosalla pada penghujung akhir zulhijjah sebelum masuk matahari dan mengisi masa dengan bacaan tahlilan, membaca doa akhir tahun dan seterusnya bacaan doa awal tahun seusai solat maghrib;
  2. Maka jamaah di masjid dan surau akan bertambah pada malam tersebut bagi menyertai acara. Bahkan ada yang berbuka di masjid dan surau kerana berpuasa pada akhir tahun dan awal tahun kerana percaya akan segala amalan itu boleh mencapai redha Allah taala jua adanya;
  3. Mungkin penganjur cuba mencari jalan alternatif dan mengimbangi majlis sambutan tahun baharu masehi. Seingat penulis program seumpama ini tidak semeriah ini jika dibandingkan 10 tahun kebelakang;
  4. Agak janggal kerana amalan tahunan seumpama ini tidak pernah diriwayatkan dilaksanakan oleh Junjungan bahkan para khulafa ar rasydin dan juga generasi terbaik tiga kurun. Sedangkan mereka adalah contoh terbaik untuk diikuti;
  5. Bagaimana kita mengamalkan sesuatu bentuk ibadah yang tiada contoh anjuran dari manusia terbaik? Adakah kita semakin seronok mengamalkan inovasi dalam beragama?
  6. Apakah impak dari program yang dilaksanakan saban tahun ini? Adakah dengan penganjurannya akan menambah kecintaan manusia kepada Allah? Bagaimana ianya diukur?
  7. Perhatikan hadith riwayat ibn majah yang bermaksud, hendaklah kamu menjauhi setiap perkara yang baharu yang diada adakan dalam agama kerana setiap perkara yang baharu dalam agama itu adalah menyesatkan;
  8. Barangsiapa yang beramal dengan amalan selain dari cara kita (Rasulullah dan sahabat) maka ianya tertolak (hadith riwayat muslim no 4468)
  9. Dalam riwayat baihaqi dalam atsar no 191, ibn umar berkata bahawa setiap perkara yang baharu yang diada-adakan dalam agama adalah kesesatan walaupun manusia memandangnya baik (hasanah)
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌۭ ١

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Al hujurat ayat 1


Al imran:31
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣١

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Toha:123
قَالَ ٱهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًۢا ۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۭ ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًۭى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَاىَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ ١٢٣

Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol