Minum pagi di kantin stesen keretapi Keluang

 17 Muharram 1445

  1. Kantin keretapi yang terletak distesen keretapi Keluang (ejaan lama) dikatakan telah dibuka sejak lebih 80 tahun yang lampau;
  2. Ini bermaksud ianya telah menjadi saksi bisu kepada penjajahan British-Jepun-British, komunis, sebelum pra dan pasca merdeka hinggalah ke zaman madani;
  3. Dikatakan diusahakan oleh seorang mualaf berbangsa Cina dengan produk yang paling viral iaitu kopi;
  4. Meskipun penulis telah berada di Keluang sejak 1987, namun sehingga tahun 2010 baharulah penulis terjebak untuk menikmati makanan di sini;
  5. Terdapat isu mengenai status halal kopi pada 2011 namun telah diselesaikan dengan baik;
  6. Kini terdapat beberapa oulet di sekitar bandar Keluang seperti bandar baharu Kluang, taman seri impian, taman perdana dan taman tasik keluang;
  7. Hanya ada satu sahaja outlet yang dibuka diluar daerah Keluang iaitu di Shah Alam;
  8. Agak pelik kerana tiada outlet yang dibuka di daerah lain dalam negara hujung selatan, walaupun di kota tanjung puteri;
  9. Jika hendak menu yang agak rahmah, maka boleh berkunjung ke kantin asal yang terletak di stesen keretapi Keluang. Namun jika anda datang selepas jam 8 pagi, anda mungkin akan terpaksa beratur panjang menanti giliran untuk masuk. Sebelum PKP, keadaan lebih sesak dimana pelanggan akan berdiri di sisi meja yang sedang menikmati hidangan menunggu giliran;
  10. Menu utama ialah telur rebus, roti bakar dan juga kopi. Terdapat juga menu lain seperti nasi lemak bungkus, mee hoon bungkus, lontong, mee wantan, karipap, jemput-jemput;
  11. Di outlet lain, ada disediakan pelbagai menu lain termasuk western, namun harga boleh tahan dan kurang rahmah;
  12. Keadaan biasanya sesak sejak waktu dhuha hingga menjelang zawaal;
  13. Pelanggan ada yang sanggup datang dari 100km jauhnya hanya semata-mata untuk minum pagi, termasuk dari negara seberan;
  14. Terfikir mengapa perniagaan orang kita susah untuk berdaya tahan apalagi untuk berdaya saing?
  15. Outlet ini juga sebenarnya turut berkembang dengan menggunakan nama mykluang dan turut menyebar di sekitar daerah. Dipercayai bahawa ianya ada hubungan kekeluargaan dengan pengasas kantin tersebut;
  16. Orang kita perlu mewujudkan satu produk yang menjadi kegilaan ramai, seperti kopi atau nasi lemak atau sebagainya dengan mengekalkan kualiti;
  17. Nasi lemak di kantin asal stesen keretapi juga sudah berubah rasa, namun masih mengekalkan rasa kopi;
  18. Amat jarang didengar perniagaan makanan yang diwarisi turun temurun. Umat Islam perlu mewujudkan rangkaian produk yang boleh bertahan lama dan diwarisi turun temurun;
  19. Kadangkala orang kita kerap berminat untuk enjoy dan menghambur hasil perniagaan lebih awal apabila berada di puncak dan lupa untuk bersiap menghadapi hari hari yang belum pasti;
  20. Hal ini mengakibatkan pusingan modal gagal dilaksanakan dan akhirnya muflis. Perniagaan tergadai. Berbeza dengan sikap pengasas KFC yang pernah jatuh semasa mengasaskan perniagaannya, namun tetap mampu bangkit meneruskan perniagaannya dan diteruskan oleh pewarisnya;
  21. Semoga ada iktibar yang mampu diambil sambil menikmati sspotong roti bakar dan kopi c kosong....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol