Asar yang indah di Masjid Nurul Iman
6 Safar 1445
- Asar di salah sebuah masjid di taman seri lambak yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai taman T6 amat menggembirakan hati pencinta Ilahi;
- Manakan tidak, jemaah yang menghadiri solat sangat ramai melebihi jemaah di masjid atau surau lain yang berada dalam daerah yang sama, bahkan masjid daerah sekalipun gagal untuk dihadiri oleh jemaah yang seramai itu;
- Penulis menjangka secara kasar terdapat lebih dari 200 orang jemaah yang hadir pada waktu tersebut;
- Amat jarang untuk kita mendapatkan surau atau masjid yang mampu dihadiri oleh jemaah yang ramai pada waktu solat siang pada hari bekerja. Bahkan ada masjid dan suaru hanya dihadiri oleh tiga orang sahaja jamaah pada satu-satu waktu;
- Penulis yakin antara faktor yang menyebabkan jemaah ramai ialah kebijakan ahli jawatankuasa (AJK) yang dilantik oleh qaryah setempat, ataupun ahli qaryah sebenarnya telah berjaya memilih AJK yang benar² bertugas untuk memakmurkan masjid² Allah di muka bumi. Bukan hanya untuk mencari publisiti dan nama di kalangan ahli qaryah;
- Sudah semestinya ajk masjid atau surau lain di sekitar daerah tersebut perlu mempelajari sesuatu dari masjid yang tersebut, bagaimana mereka mampu menarik jemaah yang besar ke masjid dalam satu² waktu;
- Pihak pentadbiran agama daerah perlu memanfaatkan ak masjid terlibat untuk sesi libat urus kesemua ajk masjid seantero daerah;
- Jumlah jemaah yang menghadiri solat berjamaah disesuatu qaryah melambangkan kecenderungan ahli qaryah tersebut untuk memakmurkan rumah Allah dan boleh dilihat wajah para ahli qaryah dari jumlah jemaah yang menghadiri masjid atau surau. Jika tinggi jumlah yang hadir, maka tentunya jumlah ahli qaryah yang bertaqwa di kawasan tersebut adalah tinggi dan ini mengundang redha Allah di kalangan anak qaryah dan begitulah sebaliknya;
- Apabila sesuatu qaryah itu diredhai Allah, maka barakah akan turun di kawasan tersebut dan sekitarnya;
- Alangkah malang jika pihak berkuasa agama gagal untuk menjadikan masjid dan ajknya sebagai contoh ikutan di kalangan ajk lain;
- Sudah tiba masanya, sistem pengurusan masjid dan surau direformasikan atau melalui konsep islah demi untuk mencari keberkatan di kalangan qaryah;
- Janganlah kita terus menyokong atau membiarkan mana² ajk masjid atau surau yang kelihatan lemah dan tidak bermaya dalam menguruskan bilangan jamaah;
- Kita kadangkala mengukur kebolehan ajk masjid dan surau hanya dengan bilangan program yang diadakan sepanjang tahun, atau bilangan jamuan makan yang diadakan di sepanjang tahun, atau hanya berdasarkan kepada ajk yang mempunyai kedudukan dan pangkat di kalangan masyarakat setempat semata² tanpa menilai taqwa yang dimiliki;
- Oleh yang demikian, tidak janggal jika ada ajk masjid dan surau yang jarang hadir solat berjamaah, kecuali pada malam jumaat semata² kerana kununnya malam tersebut ramai jemaah. Oleh itu bagaimana kualiti masjid dan surau akan meningkat jika ajk sendiri jarang muncul di saf berjamaah?
- Namun dek kerana faktor rajin bekerjasama semasa kenduri kendara, program korban dan sebagainya, maka individu tersebut terus terlantik saban tahun memimpin surau dan masjid?
- Jika hal berkenaan berlaku, maka tidak mustahil satu ketika nanti masjid dan surau hanya akan digunakan pada hari atau malam tertentu sahaja manakala pada waktu solat yang lain, ianya akan terbiar sepi tanpa jamaah;
- Jika hal tersebut berlaku, pihak pentadbiran agama setempat perlu memikul tanggungjawab dan menjawab dihadapan rabbul jalil kelak;
Ulasan