Catatan

Kenapa kita enggan berjamaah?

Imej
Penulis mengamat-amati bahawa kebanyakan muslimin mutakhir ini amat kurang keazaman dan kemahuan mereka untuk mendirikan solat secara berjamaah. Jika dilihat dan dikaji serta diselami dikebanyakan surau dan masjid yang ditadbir oleh JK yang dilantik oleh Majlis Agama Negeri masing-masing di seluruh Malaysia, boleh dikatakan hampir keseluruhan berdepan dengan masalah yang sama - Kekurangan manusia yang mahu memakmurkan rumah-rumah Allah sekurang-kurangnya 5 waktu sehari semalam. Apakah sebenarnya masalah yang membelenggu umat Islam kini sehinggakan mereka menjadi kurang bersemangat untuk memakmurkan rumah-rumah Allah? Adakah dengan memberikan indikasi hampirnya zaman kepada kiamat membuatkan kita umat Islam membiarkan sahaja masjid dan surau dibelenggu kekosongan? Apakah motivasi yang diberikan oleh baginda Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun lampau tidak mampu membangkitkan semangat kita untuk menghidupkan rumah-rumah Allah ini? Terlalu banyak motivasi yang telah diberikan oleh Junjungan ...

Jeneral Mahdi & the Last Generation Army

Berikut cuma sekadar hipotesis penulis hasil pengamatan semasa, penelitian & pembacaan… 1. Umat Islam adalah umat akhir zaman begitu juga nabinya iaitu Nabi Muhammad saw merupakan nabi akhir zaman 2. Israiliyyat berpendapat (ditawaqufkan) usia umat Islam atau lebih tepat usia akhir zaman adalah 1500 tahun (berdasarkan Hijriyah bukan Greogorian/Masihi) iaitu dari kurun ke-6 hingga kurun ke-21 3. Maknanya, berkemungkinan kurun ke-21 adalah kurun terakhir umat manusia di dunia 4. Untuk tempoh 15 abad akhir zaman, fasa kehidupan umat manusia dan khususnya untuk umat Islam adalah spt berikut: a. Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa hayat Nabi Muhammad SAW b. Zaman Khulafa Rasyidin : Iaitu semasa era Saidina Abu Bakr, S.Umar, S.Uthman dan S. Ali c. Zaman Monarki/Diktator : Iaitu dari zaman Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan moden d. Zaman Khalifah Rasyidin : Kembali semula kepada “Zaman yang Terpimpin” dibawah Imam al-Mahdi e. Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa kedatangan Nabi Isa AS yg membawa kela...
Imej
Reaksi Pelbagai Pihak Berhubung Kes Dr Asri Oleh ZIEMAN dan SITI AZIRA ABD AZIZ Dr Asri di samping Datuk Seri Shahidan Kassim dan Azwan Ali ketika di Mahkamah Syariah Gombak Timur, hari ini. -foto The Star oleh AZMAN GHANI KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Dr Asri memberikan ceramah tanpa tauliah turut mendapat reaksi pelbagai pihak. Antaranya selebriti Azwan Ali, wakil NGO Datin Paduka Marina Mahathir, ahli politik Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dan para penyokongnya. Menurut Azwan, sebagai seorang artis ini merupakan pertama kali dia datang ke mahkamah melibatkan kes orang lain. Antara para penyokong yang hadir ke perkarangan mahkamah untuk menyaksikan perbicaraan kes Dr Asri hari ini. Azwan berkata dia nekad untuk hadir ke perbicaraan itu atas tiga sebab. "Saya tergerak hati untuk datang kerana kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempe...

solat berjamaah

Adakah sedehnye apabila melihat surau yang cantik terbina dengan indah bersama dengan permaidani lengkap kipas angin tidak mampu untuk dihiasi dengan jamaah solat...Lebih mengharukan pabila azan juga sudah tidak berkumandang? Adakah ini satu petanda akan hampirnya kiamat bersama-sama dengan petanda lain yang kian hari kian merebak?

Datangnya tidak disambut .. perginya tidak ditangisi

Adalah menjadi adat kebiasaan kepada mana-mana penjawat awam untuk merasai nikmat ataupun pedihnya pertukaran antara jabatan. Bagi yang duduk di jabatan yang dianggap "bak neraka dunia" terlepasnya mereka daripada azab tersebut dengan satu surat arahan bertukar ke jabatan lain, meskipun belum tentu menjanjikan syurga, sudah dapat mengubat kepanasan dan azab yang dideritai selama ini...Namun bagi yang sudah menganggap pejabatku syurgaku, surat arahan bertukar bak halilintar menyambar yang amat meresahkan... Dan penulis adalah diantara ratusan penjawat awam yang terlibat kali ini. Daripada pejabat yang besar dan hebat, ke pejabat yang tidak kurang hebatnya. Kemunculan penulis buat kali pertama di pintu depan pejabat baru adalah luar biasa awalnya. Tatkala itu, tidak ada sesiapa pun yang muncul menyambut kehadiran penulis. Cuma ada seorang staf beruniform biru yang bertanya mesra mengenai maksud kedatangan penulis ke benua baru ini. Pejabat ini terletak sekitar 5 - 6 km daripada...

kisah pembunuhan imam hussain

Allaahummal-a’n Qatalatal Hussein Alayhis Salaam Awal Muharram, adalah permulaan bulan duka dan nestapa Ahlul Bait Rasul Alaihimussalam. Semua pencinta dan pengikut Keluarga suci ini akan berduka dan bersedih.Cuti bagi semua majlis-majlis dan upacara-upacara riang gembira. Imam Reza Alaihissalam bersabda : “Apabila sampai sahaja bulan Muharram, tidak akan kelihatan lagi senyuman pada bibir ayahku, tidak ada lagi seseorang yang akan melihatnya tersenyum” 1.Imam Reza Alaihissalam tentang Asyura juga telah bersabda : “ Barangsiapa hari Asyura baginya adalah hari musibah, duka dan tangisan, maka Tuhan akan menjadikan kiamat baginya hari kegembiraan dan kebahagiaan”6 Dua Muharram ; Rombongan Imam Hussain Alaihissalam Masuk ke Karbala Telah diriwayatkan apabila rombongan Imam Hussain as. sampai di karbala, kuda Imam as. berhenti bergerak. Imam as. bertanya apakah nama tempat ini? Mereka menjawab :“Ghadhiriyah” bersabda: Tempat ini ada nama yang lain? Mereka berkata: “Syathiyil Furat” Imam as...

Kuliah bersama Tuan Guru ..

Kuliah selepas isya' bersama tuan guru ku... Setelah sekian lama aku tak hadir kelas. Catatan terakhir di buku catatan penulis .. Mei 2009 .. kuliah tasawuf ...lama betul ... Itupun sementara menantikan kehadiran Isya' 30 Syawal, aku masih berperang dengan nafsu ..pergi atau tidak...berkebetulan isteri pula tidak bpa sihat .. namun penulis kuatkan juga keazaman .. beberapa hari lepas tatkala solat Isya'terjumpa dengan tuan guru di surau bandar... "Lama tak nampak .." soalan itu hanya ku jawap dengan senyuman.. nampaknya anak murid tuan guru ku semakin bertambah..alhamdulilla...Kalau sebelum ni hanya ada dua tiga kerat jek...skg nampaknya dah ada hampir 10 orang .. terdiri juga dari guru-guru sekolah yang datang dari Ulu Belitong dan juga bandar T6 .. sayang sekali .. tatkala beberapa qaryah di sekitar bandar kluang ini menolak da'wah dan kuliah yang disampaikan oleh tn guruku, orang yang jauh dari qaryah pula yang datang tergila-gilakan ilmunya... Dan kuliah p...