Bermalam Minggu Di Stall Burger

Stall burger yang sangat meriah jika kita berkunjung ke bandar berkembar dengan Gothma City yang terletak di tengah peta gapura selatan ialah yang terletak berhadapan dengan klinik lama, menghadap ke sungai yang acap kali membuak tatkala musim tengkujuh dan juga hotel tersohor di bandar ini. Sayang sekali pengarah filem Batman untuk kesemua siri tidak mengenali bandar ini. Jika dia tahu, sudah barang pasti bandar ini akan dijadikan lokasi untuk penggambaran filem Batman yang terkini...

Image result for burger fendi kluang

Hampir setiap malam ianya dikunjungi ramai. Dibuka seawal jam 6 petang dan berakhir pada sekitar jam 2 hingga 3 pagi. Berkebetulan penulis berhajat membeli beberapa butir burger di suatu malam minggu. Sekitar jam 10.30 malam, hampir dua dozen manusia pelbagai bangsa dan peringkat umur mengerumuni stall tersebut untuk membeli burger. Terdapat juga meja dan kerusi yang sudah penuh dengan pelanggan yang berhajat untuk makan di situ. Berbeza dengan berpuluh stall burger yang wujud di bandar ini, stall ini sangat meriah dan senantiasa dipenuhi pelanggan. 

Mungkin antara daya penarik burger di stall ini ialah lokasi yang sangat strategik yang terletak di laluan utama di pusat bandar. Layanan yang pantas dan memuaskan hati meski manusia ramai yang menunggu. Terdapat perkhidmatan penyediaan air minuman untuk pelanggan yang berhajat untuk makan di situ...

Cumanya dengan kewujudan lokasi lepak, bangsa yang suka melepak di malam hari mula mendapat port yang baru. Jelas kelihatan di malam minggu tersebut, anak bangsa yang suka melepak duduk berlonggok dengan HP di tangan dan mulut terkunci. Seorang yang berlainan jantina tanpa ada hubungan yang halal di kalangan lelaki yang duduk melepak, dengan selamba menyertai jamaah lepak tersebut. 

Penulis meninggalkan stall burger tersebut dengan membimbit sejumlah burger buat santapan malam. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Penghulu mukim .. cabaran seorang muda