Perpaduan Ummah - kemana?
Dewasa ini telah muncul di merata .. baik di media massa mahupun muzakarah dan ijtima' .. mengenai taqarrub mazahib - penyatuan mazhab .. Khusus perbincangan ini menyentuh mengenai penyatuan antara Sunni dan Syiah yang dijadikan satu isu global dalam Darul Islam.
Sebenarnya perkara ini telah menjadi perbincangan sejak dahulu kala lagi. Sudah ramai ulama dari kedua-dua mazhab berusaha ke arah penyatuan, meskipun tidak seramai yang menentangnya.
Namun apa yang pelik, di negara 50 tahun merdeka ini tidak ada satu pun usaha ke arah penyatuan ummah dilaksanakan. Tetapi, usaha-usaha ke arah pemecah belahan ummah semakin giat dan amat terancang dari masa ke semasa disokong oleh manusia hipokrit bertopengkan wajah malaikat.
Penulis melihat bahawa perpecahan dia antara muslim di negara 50 tahun merdeka ini semakin meruncing, khusus atas dasar pemahaman politik yang berbeza. Pecahan tradisional di antara pendokong Islam Liberal dan pendokong Islam Syumul (?) adalah amat ketara sejak tertubuhnya Parti Islam Malaysia pada 1951 di Gunung Semanggol, yang di asaskan oleh Haji Ahmad Fuad yang timbul daripada sayap agama di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
Jika kita mahu melihat kronologi besar perpecahan ummah Melayu-Islam di negara ini, bermula dengan penyatuannya seperti berikut
1946 - Tertubuhnya PEKEMBAR
1953 - Tertubuhnya Parti Negara - Tajaan Dato' Onn kerana kecewa pendapatnya ditolak bagi membolehkan bukan bumiputera menyertai PEKEMBAR
1951 - Tertubuhnya Parti Islam Semelaya - Tajaan Tuan Haji Ahmad Fuad atas dasar beberapa masalah agama yang timbul dalam PEKEMBAR
1987 - PEKEMBAR pecah kepada 2 team untuk merebut takhta presiden parti mengakibatkan PEKEMBAR diharamkan
1989 - Semangat 46 ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah - sebagai reaksi terhadap pengharaman PEKEMBAR
2003- Tertubuhnya Partai Keadilan Nasional oleh wan Azizah - reaksi terhadap pemecatan DSAI (Dato' Seri Anwar Ibrahim)
Kesemua pecahan itu telah lupus ditelan zaman kecuali PAS yang masih survival meskipun kelihatan semakin lemah dan KEADILAN parti baru yang boleh tumbang pada bila-bila masa sahaja.
Evolusi gerakan Syiah yang bermula daripada reaksi ketidak puasahan hati sebahagian sahabat atas perlantikan pengganti Rasulullah untuk memimpin Darul Islam Madinah terbentuk dari pemahaman politik yang berbeza tanpa menyentuh soal aqidah yang menjadi pokok. Namun lama-kelamaan ianya membarah menjadi satu pemahaman agama yang membentuk satu firqah mazhab tersendiri berkaitan persoalan pokok.
Sunni yang dikatakan menjadi mazhab massa dewasa ini agak terlambat kewujudannya secara formal di dunia Islam berbanding Syiah. Ianya menjadi anutan rasmi para pemerintah sejak dinasti Umayyah hingga membawa kepada kejatuhan Uthmaniah di Turki pada 1924. Menjadi senjata utama pendukung dinasti yang diwarnakan Islam untuk memerangi puak syiah yang kerap dianggap sesat, bahkan dituduh kafir. Meskipun tidak dinafikan wujud permata2 di dalam lumpur di kalangan pemerintah tersebut seperti Umar bin Abd. Aziz, namun peranan para ulama Sunni yang didokong oleh pencinta dinasti untuk meneruskan survival mazhab ini di samping memerangi mazhab lain, terutamanya syiah tidak boleh dipadamkan daripada catatan sejarah.
Nah...apakah perkara yang sama akan berlaku dalam Darul Islam Malaysia? Apakah pertembungan di antara dua parti tradisional utama, PAS dan PEKEMBAR akan akhirnya menghasilkan dua mazhab yang terus menjurus kepada perbezaan pemahaman pokok? Sejak disuntik dogma kepimpinan ulama pada tahun 1986 sebagai satu intepretasi terhadap kejayaan Revolusi Islam Iran, PAS menjadi lebih aggresif dan menyendiri dalam menentukan hukum. Kita masih tidak lupa dengan fatwa yang dikeluarkan oleh ulama muda mereka yang kini menjadi Presiden, mengenai hukum solat bersama parti lain, hukum makan sembelihan mereka dan sebagainya .. Maka itu sudah menjurus kepada pengwujudan aliran atau mazhab terkini.
Manakala PEKEMBAR pula semakin ghairah mutakhir ini untuk memiliki model Islami yang boleh diterima oleh semua, maka terhasillah Islam Hadhari - yang acapkali dinyatakan oleh pimpinannya dan juga oleh penceramah tajaannya bahawa ianya bukan mazhab yang baru atau hukum yang baru .. Yang mana ianya adalah kosmetik Islam bagi menyilaukan mata para pejuang kebenaran agar membantunya.
Maka berlakulah di kampung2 solat dua imam, kenduri kendara dipulaukan oleh sebab berlainan parti, suami isteri bercerai berai, anak dihalang bernikah dengan pengikut parti lain, nah apa ini?
Tidakkah tuan/puan melihat perkembangan yang merbahaya terhadap kesatuan ummah ini? Kenapa hingga kini tiada ditubuhkan satu organisasi bukan kerajaan yang mengusahakan pendekatan antara dua parti terbesar milik Melayu-Islam ini? Kita menjadi tidak pernah risau dan tidak pernah terganggu dengan barah yang semakin besar dalam masyarakat ini.
Kita bukan main risau mengenai pembunuhan antara Syiah dan Sunni di merata dunia Islam. kita sibuk menjadi penjaja kepada pendekatan dua mazhab. Namun kita terlupe di negara 50 tahun merdeka sudah semakin membarah bibit2 perpecahan, ditambah dengan jangkitan murtad, liberalisasi, freemason dan pelbagai jenis virus lagi.
Apa yang kita akan buat?

Ulasan