Sistem Pilihanraya di Malaysia


Ogos ini, sudah 50 tahun kita merdeka. Usia kita semakin matang. Seeloknya keputusan yang bakal dibuat juga bertambah matang dan mengambilkira kepentingan agama, negara dan rakyat.

Tiga pilihanraya kecil negara baru-baru ini telah mengukuhkan lagi kekuasaan pemerintah dengan ujian ke atas UMNO, MCA dan terakhir MIC menunjukkan prestasi semakin gemilang dan memberangsangkan.

Persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulis ialah, APAKAH PILIHANRAYA DI M"SIA ADIL?
Tiada siapa yang boleh menjawab secara tepat baik di pihak pembangkang apalagi di pihak pemerintah. Masing-masing akan cuba menegakkan pendapat masing-masing berdasarkan keegoan tanpa berpijak ke bumi nyata.

Pembangkang kerap menuduh pemerintah tidak berlaku adil dalam permainan. Dengan menyediakan padang yang tidak rata, bagaimana pembangkang mahu menjaringkan gol yang tepat?

Kita lihat kepada benua kecil di selatan semenanjung. Kota singa metropolitan ada memberikan ruang kepada pembangkang untuk mengemukakan manifesto mereka di media massa tanpa sekatan mahupun editing.

Di negara kita, pembangkang tiada tempat di media massa, kecuali untuk dipamerkan kesilapan atau salah laku mereka.

Kadang-kadang terfikir juga penulis bahawa sebenarnya pembangkang di negara merdeka 50 tahun ini tiada tempat lagi. Kalau adapun hanya di Kelantan dan Terengganu (sekali sekala). Perjuangan pihak pembangkang telah berjaya dibenamkan sedalam-dalamnya, agar tidak dikenali, dilihat mahupun dihidu, lebih-lebih lagi oleh generasi muda negara.

Pembangkang perlu lebih proaktif untuk menangani perkara seumpama ini. Jangan cepat melatah menunding jari ke utara selatan menyalahkan pihak lain. Terlalu banyak muhasabah diri dan parti yang perlu dilaksanakan.

Penulis sebenarnya kurang percaya dengan sistem demokrasi - khususnya bagi yang mendakwa ingin memperjuangkan Islam melaluinya. Kita telah banyak membaca dan mendengar nasib para pendokong gerakan Islam yang berjuang melalui amalan demokrasi tidak mendapat apa2 kejayaan melainkan kegagalan dan fitnah yang menjadi2. Bagaimana halnya dengan saudara2 kita di Algeria yang dinafikan kemenangan mereka pada suatu ketika dahulu. Bagaimana nasib saudara2 kita di Turki yang dihalang untuk menyertai pilihanraya kerana dikhuatiri memudharatkan sistem sekular di negara bekas khilafah itu.

Perkara yang tersebut adalah tidak mustahil berlaku di negara 50 tahun merdeka ini jika ditaqdirkan kemenangan berpihak kepada pembangkang.

Penulis yakin bahawa pemerintah negara ini akan kekal berkuasa tanpa gugatan untuk tempoh 200 tahun lagi, Insya-Allah, jika sistem yang ada dikekalkan tanpa sebarang perubahan. Sekalung tahniah kepada pihak pemerintah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol