Kluang yang semakin panas ...
Penulis dapati bandar kluang, bandar kelahiran penulis kering, berdebu seolah kemarau...sejak hampir tiga bulan yang lepas. Hujan yang pernah turun sepanjang bulan tersebut adalah amat minima. Kadang-kadang kelihatan tompokan awan hitam yang memberikan harapan gembira namun akhirnya hanya berlalu pergi tanpa sudi menggugurkan isinya ke bumi kluang. Adakah bumi ini telah hilang keberkatannya dan termasuk dalam senarai yang dibenci Allah?
Dalam minggu lepas (Isnin) tatkala penulis bergerak pulang dari pejabat, hujan turun begitu lebat dari area air hitam. Penulis bersyukur kerana mungkin ini petanda hujan telah turun di bui kluang dan doa-doa yang dipanjatkan setipa selepas Solat Jumaat dalam munajat memohon hujan diperkenankanNya. Namun tatkala tayar memasuki bandar kluang, jalan kelihatan kering..Subhanallah.. Ketika berada di pasar malan, terdengar perbualan menyatakan di Kg Abd Rahman Yassin, hujan turun mencurah...kenapa Kg melayu kluang masih kering (meliputi bandar)..
Kebanyakkan rumput disekitar bumi kluang kelihatan kekuningan dan saliran di sekitar kluang kelihatan amat kurang takungan airnya. Catuan air yang berjalan sejak 13 Feb. seolah terpaksa diteruskan...
Cukupkah dengan tindakan pejabat agama yang hanya 'mengeluarkan arahan' agara dilaksanakan acara solat hajat selepas jumaat kerana memohon hujan? Bukankah pada zaman Nabi SAW baginda pernah melaksanakan solat sunat khas, solat sunat istisqa yang wujud bersamanya dua khutbah dan dihadiri oleh kesemua penduduk untuk memohon hujan secara khusus? Bilakan tuntutan atau sunnah Nabi SAW ini akan dilaksanakan?
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (H.R. Thabrani)
Dan diantara tanda-tanda kemunculan dajjal ialah tahun pertama kemarau dan bumi hanya mengeluarkan separuh dari keberkatannnya, pada tahun kedua hanya sepertiga manakala pada tahun ketiga tiada apa yang turun dari bumi....

Ulasan