Dipimpin untuk memimpin

4 Mac 2010 - penulis kembali bersama rakan-rakan seperjuangan bagi menjayakan kem jati diri pengawas sek. men LKTP kahang timur - satu program yang belum pernah disentuh oleh team kami sejak pengaktifan kami sekitar tahun 2005..
Perjalanan kami kali ini bermula sekitar jam 5 petang mskipun janji awalnya pada jam 12 tghari. Penantian sememangnya satu penyeksaan! Dek kerana dijanjikan, maka penulis tidak membawa kenderaan ke pejabat. Hanya menumpang rakan sepejabat yang tinggal berhampiran. Akibatnya, terpaksa menunggu hingga ke petang.
Kami hanya tiba di lokasi sekitar jam 8 malam. Selesai menikmati sedikit makan malam, kami bergerak mencari telur ayam dan seterusnya pulang bagi membuat 'bom' dan 'peluru' .. agak hebat bunyinya bukan? seolah-olah kali ini berada di kem pengganas. Terbentang dihadapan penginapan kami lautan luas China Selatan. Bahan masih belum cukup rupanya. Terpaksa keluar lagi mencari sirap dan tepung ubi. Akhirnya kembali sekitar jam 1 pagi.
Urusan hanya selesai sekitar jam 2 pagi..
Usai berjamaah Subuh, kami bergerak mencari sarapan. Kemudian, menyelesaikan tugasan dan persiapan. Kumpulan pengawas itu tiba sekitar jam 10 pagi. Penulis telah diamanahkan selaku camp comandan utk oprogram kali ini. Maka penulis terpaksa memberikan taklimat dan sebagainya. Slogan Dipimpin untuk memimpin diutarakan semula..

SEJARAH SLOGAN DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN


Kalimah keramat ini muncul dalam zaman kekuasaan Ketua Pengawas ketiga bagi Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, atau sebelum ini dipanggil sekolah Sains Pekan. Azreen b Md Amin KP pada masa itu mungkin merupakan orang yang mencipta logo tersebut kerana sebelum daripada itu, tiada motto seumpama itu yang muncul.

En. Din telah mengambil slot pembahagian kumpulan sehingga menjelang jam 12.45 tghari. Akibat daripada kekangan masa, pembentangan terpaksa dipendekkan masanya meskipun kami dapat mencungkil banyak bakat-bakat baru ..

Penulis telah diberikan slot selepas solat jumaat, iaitu Pengurusan Organisasi. Banyak juga perkara yang cuba dibentangkan melalui tayangan slaid ppt. Alhamdulilla, selesai. Usai solat berjamaah Asar ialah acara bersukan di bawah pimpinan saudara Ajak.

Selepas Maghrib ialah slot ceramah oleh penceramah luar diikuti solat Isya' dan juga kembara malam. Modul ciptaan Zuray agak berbeza dengan modul2 sebelum ini. Antara yang menarik untuk dikupas ialah peristiwa pertempuran ditepi pantai di waktu malam gelap kerana merebutkan barangan bagi mendapatkan markah yang tinggi.

Program hanya berakhir sekitar jam 1 pagi. Kelihatan peserta sudah mula melayu. Sayangnya, penulis terlupa untuk bertanya adakah program kembara malam ini merupakan pengalaman pertama mereka.

Subuh pada pagi esoknya amat meriah. Antara yang mengkagumkan penulis dan rakan-rakan ialah keikhlasan TKP menawarkan diri untuk mengejutkan semua peserta termasuk fasi. Seawal jam 5 dikhabarkan beliau dan beberapa rakannya telah bergerak. Kata sahabat Zuray, mereka ada mengetuk pintu bilik kami para fasi, namun keseronokan melayan nafsu tidur mengalahkan kami. Penulis walau bagaimanapun bangun juga sekitar jam 5.40 untuk memastikan semua peserta telah bersedia. agak mengkagumkan kerana kesemua peserta sudahpun bersiap. Sepanjang perjalanan kami, rasanya inilah program pertama peserta boleh bangun dan bersiap sendiri tanpa raungan siren dari kem komandan...Tahniah buat peserta!!

Aktiviti selepas Subuh ialah kuliah subuh bersama as sheikh abd aziz ahmad. Selesai kuliah, mereka bergerak untuk aktiviti riadah juga dibawah pimpinan ajak. Acara yang menarik ialah perlawanan bola kenvas bersama fasi. Sayangnya group fasi kalah...huhuhu meskipun pada awalnya diwar-warkan bahawa kumpulan fasi ini tidak pernah kalah...Inilah akibat riak tak sudah ..hehehe

Selesai menikmati sarapan pagi ialah acara games bawah pimpinan en din dan sahabat zuray. Walau bagaimanapun, peserta diminta bersiap dengan pakaian rasmi sekolah. Masa yang diberikan agak terhad dan dibantah oleh peserta namun tiada alasan atau perkara yang boleh mengubah keputusan kem komandan, illa biiznillah..

Selesai mengumpulkan peserta, penulis mengambil kesempatan untuk mandi dan berehat sebentar. Jam 10.30, setelah mendapat panggilan telefon, penulis bergegas menuju ke lokasi. Rupanya games masih belum selesai, manakal TNC HEP sudah tiba bagi acara perasmian penutup. Jam 11.00 pagi acara bersama pengarah Pusat Islam dan jam 12.00 ialah acara penutup. Majlis dikendalikan oleh pihak sekolah dengan pengacara cilik, peserta sendiri. Banyak juga perkataan-perkataan yang tersalah sebut, namun secara keseluruhannya berjalan dengan baik.


Kumpulan ini adalah kumpulan terbaik yang pernah kami temui. Didoakan semoga mereka akan muncul sebagai pemimpin masa hadapan, dengan syarat berterusan mereka dalam menegakkan Islam dengan silibus yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

SMK Kahang Timur beruntung kerana mempunyai barisan kepimpinan pelajar yang hebat dan berwibawa...keep it up!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol