Ramadhan 2



Penulis masih bercuti...Memandangkan cuti tahunan masih banyak lagi sedangkan tahun 2010 hanya tinggal lebih kurang empat bulan sahaja lagi...

Subuh Ramadhan ke 2 masih tidak kurang meriahnya meskipun jumlahnya sudah mula menyusut. Zuhur sebagaimana biasa kerana hari bekerja, manakala waktu Asr bilangan kembali bertambah...harapnya bukan kerana motivasi bubur lambuk..

Kebanyakan masjid dan surau di Malaysia akan menyediakan bubur lambuk sepanjang Ramadhan untuk diagih-agihkan kepada anak qaryah. Ianya solah-olah satu pesta wajib yang dilaksanakan dan kadang-kadang dijadikan perbandingan rasa di antara surau dan masjid, yang mana paling lazat untuk dijadikan hidangan 'tambahan' sewaktu berbuka. Bagi golongan fuqara wal masakin, itulah juadah utama mereka..

Walau bagaimanapun, ianya turut dikomersialkan di bazar2 Ramadhan...


Maghrib jemaah kian menyusut...Isyak ianya kembali bertambah....Namun selepas lapan rakaat tarawih, jumlahnya mula menjadi sekitar tiga saf sahaja

Ya Allah...terimalah amalan puasa kami ...Amiin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol