Ramadhan 3
Jumaat yang gilang gemilang dan bercahaya. Keadaan jamaah Subuh masih tidak berubah mahupun bertambah..
Khutbah Jumaat berkisar mengenai Ramadhan juga. Tiga martabat orang yang berpuasa disentuh iaitu puasa awam, puasa khusus dan puasa khususul khusus. Jamaah diseru agar menjadikan puasa khususul khusus sebagai matlamat puasa yang ingin dicapai untuk tahun ini.
Benar jua...jika kita mahu meningkatkan gaji kita setiap tahun, mahu meningkatkan prestasi kerja kita setiap tahun, mahu menambah kuasa beli setiap tahun, namun kualiti ibadah kita biarkan sahaja di takuk lama. Puasa seqadar menahan lapar dan dahaga semata-mata. Mata masih meliar melihat kemaksiatan. Mulut masih becok bergosip dan berbual kosong, tangan masih meneruskan usaha penaburan fitnah dan pelbagai jenis kemaksiatan yang dilakukan demi mengisi masa lapang yang biasanya digunakan untuk minum pagi atau makan tengahari sewaktu di pejabat.
Biasa kita mendengar sewaktu adanya perbualan berunsur mengumpat, tatkala kita cuba menyekat atau mengingatkannya, maka dengan pantas dijawab, "Ni perkara yang betul la..." ataupun, "aku cakap depan-depan ni..."
Suka diperbetulkan bahawa sekiranya kita bercakap mengenai sesuatu yang tidak disukai oleh tersebut, dan ianya perkara benar, maka itulah yang ditafsirkan sebagai ghibah atau mengumpat, manakala perkataan buruk yang disebutkan tetapi bukan perkara yang benar maka itu ditafsirkan sebagai fitnah..
Wallahu alam...

Ulasan