Ramadhan 4


Penulis sempat berkunjung ke bazaar Ramadhan menjelang waktu iftar...itupun tidak turun..seqadar kirim kepada adik-adik ipar yang berkebetulan berbuka di rumah. Keadaan kereta agak sesak, tanpa ada ruang untuk parkir. Kalau adapun, terpaksa menyelit di ruang yang agak lompong dan tidak menyesakkan dan terpaksa menunggu dalam kereta. Jumlah yang berkunjung tidak terkira ramainya, pelbagai ragamnya, pelbagai warna rambutnya serta pelbagai fesyen dan gaya.Begitu makmur bazaar Ramadhan, gedung makanan terhebat di bulan Ramadhan. Sesuatu yang agak kurang menyenangkan ialah pasar raya berhampiran telah mula menyiarkan lagu-lagu hari raya. Begitu mereka terlalu ingin untuk segera berhari raya, berserunuk dan bergumbira dan seolah-olah mereka sudah terlalu tersiksa berada di dalam 'penjara' Ramadhan ini meskipun baru melangkah ke hari ke empat...memang kita dianjurkan oleh Nabi SAW sendiri untuk bergumbira tatkala tibanya syawal. Namun kegembiraan itu hanya bermula seawal pagi 1 syawal, bukan seawal pagi 4 Ramadhan....



Mengenai hal lagu raya ini terkenang penulis tatkala berada di pejabat lama. Di mana hampir kesemua PC (lebih kurang ada berbelas PC) mengumandangkan lagu raya tatkala waktu pejabat....ertinya hampir berbelas lagu yang berkumandang dalam satu masa...mujurlah tidak terlalu kuat tetapi ada juga yang cuba menguatkannya...lebih-lebih lagi apabila tarikh keramat 1 syawal semakin hampir

Isya malam ke lima menunjukkan pengurangan yang mendadak. Tiada lagi saf lelaki yang melimpah hingga ke sebelah belakang surau/masjid di muqim penulis. Kemanakah mereka itu? Dan geng lapan sebagaimana biasa meninggalkan geng 23...namun geng 23 ini alhamdulillah masih mantap pada kedudukan 3 saf. Ya Allah..berikanlah kami kekuatan untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan ini.


Usai tarawih, penulis berkesempatan untuk ke bazaar Ramadhan yang menghidangkan aneka peralatan dan persiapan menghadapi eid. Sekitar jam 11 malam, namun manusia yang melimpahinya terlalu ramai. Mungkin beratus. Kebanyakkannya hanya bersimpang siur dan berjalan-jalan sahaja. Si pemuda membawa si pemudi dan si pemudi juga. Ada juga muda-mudi bergerak berkumpulan saling usik mengusik sesama sendiri. Ada juga pemuda dari sebuah pertubuhan politik yang hanya duduk di atas beberapa motosikal memerhatikan manusia.

Betapa manusia sangat menyia-nyiakan kelebihan Ramadhan, lebih-lebih lagi keberkatan malamnya...Ya Allah...berilah kami kekuatan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol