Ramadhan 5
Jamaah Subuh pagi menyusut dengan tiba-tiba...hanya tinggal 3 saf sahaja yang sememangnya setia sejak sebelum Ramadhan lagi!! Penulis juga terlewat bangun .. hanya tersedar apabila mendengar suara azan dari peti televisyen siaran astro oasis...Kali pertama terlewat bangun dan tidak dapat menikmati keberkahan sahur...
Asr hari kelima dirahmati dengan hujan renyai...di perkarangan surau banyak sekali kenderaan (kereta), tetapi jamaah di dalam sebagaimana biasa sahaja, dua saf separuh sahaja, itupun ditambah dengan jamaah yang muncul kerana bubur lambuk....bubur lambuk lagi...
Di perkarangan yang menunggu lebih ramai..kereta, motor dan sebagainya. Masing-masing sama ada menghantar wakil untuk mengambilnya atau mengambil sendiri. Sayangnya, kebanyakan dari mereka tidak masuk untuk bersama jamaah. Tetapi seqadar hadir untuk meramaikan jamaah beratur mendapatkan semangkuk bubur sebagai TAMBAHAN menu berbuka, minta maaf...
Bubur lambuk ini juga boleh dijadikan motivasi atau medan dakwah kepada jamaah dan anak qaryah agar mereka dapat meringankan kaki untuk melangkah ke surau dan masjid berhampiran bagi menunaikan solat berjamaah. Mungkin dengan hanya menunggu di bawah teduhan atau di dalam kereta lama-kelamaan mereka akan menjadi segan tatkala melihat para jamaah yang lalu lalang maka akhirnya dengan hidayah dariNya jua mereka akan terpanggil untuk menyertai jamaah...
Ianya juga mampu mewujudkan semangat gotong royong dan kekeluargaan di kalangan anak-anak qaryah yang terlibat tatkala menyediakan juadah. Ganjaran pahala dariNya sedia menanti bagi mereka yang benar-benar ikhlas, Insya Allah.
Memang wujud juga anak-anak yang dilihat secara zahirnya terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan. Boleh jadi bubur lambuks itulah hidangan teristimewa untuk mereka sekeluarga berbuka. Itulah objektif utama bubur ini diwujudkan. Bagi membantu golongan faqir dan miskin meringankan beban mereka tatkala berbuka. Masakan bubur yang resepinya diambil dari peristiwa mendaratnya kapal Nuh a.s (menurut ceritera israilliyyat versi melayu)menjadi antara menu terpenting di meja-meja makan, tanpa mengira darjat dan keturunan, pangkat dan harta kekayaan. Namun bagi penulis, paling aulanya ialah untuk golongan yang kurang mampu...Oh ya...bercakap mengenai kemampuan ini, menurut satu kajian terkini, keluarga yang berpendapatan di bawah RM3000.00 dikategorikan sebagai miskin...maka begitu termasuklah penulis ...hahahah
Dan solat tarawih di malam ke 6 juga tidak merakamkan pertambahan manakala golongan 21 masih mengekalkan 3 saf ... ingin penulis mengutarakan kepada pengerusi surau akan cadangan melaksanakan solat tarawih hanya lapan rakaat sahaja tapi masih belum mampu terkeluar dari lidah ini akan perkataan tersebut ...
Ulasan