induksi dan kita
Setiap penjawat awam tentu pernah melalui pengalaman menjalani kursus induksi umum dan khusus sebagai salah satu syarat untuk disahkan dalam jawatan. Ianya telah termaktub kemas di dalam 'kitab' perlembagaan penjawat awam yang paling sahih, iaitu Perintah-Perintah Am atau lebih dikenali sebagai "GO" - General Order, yang telah disemak beberapa kali oleh lajnah penyemakan JPA, namun syarat untuk mencapai maqam pengesahan, atau istilah biasa dipanggil, keringkan cap jari, dengan mengikuti kursus induksi tidak pernah pula diubahsuai, disamping lulus dalam peperiksaan awam.
Penulis telah melalui program ini dalam tahun 2004. Di organisasi yang agak unik ini, kursus induksi bukan seqadar duduk mendengar ceramah dan kemudian mengambil peperiksaan serta menyiapkan assignment semata-mata, tetapi ditambah lagi dengan program LDK - Latihan Dalam Kumpulan selama dua hingga tiga hari. Selepas jam lima, ada pula aktiviti riadah dan juga sukaneka.
Ada organisasi yang menjalankan kursus induksi dengan hanya duduk menginap di hotel selama lebih kurang 14 hari dan setiap ketika hanya mendengar, mengambil nota dan diakhiri dengan peperiksaan. Tetapi tidak bagi kami.
Aktiviti kami dimulakan dengan LDK yang mana setiap kami dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diuji dengan pelbagai permainan, dan kadang-kadang terasa seperti satu penderaan. Selesai dengan LDK, minggu ceramah bermula, namun sekitar jam 7.30 hingga 8.30 setiap pagi ada aktiviti senamrobik. Kelas bermula jam 9.00 pagi dengan bacaan doa dan juga nyanyian lagu organisasi. Selesai kelas jam 5 petang ada pula acara riadah sehingga jam 6.30 petang. Namun mujurlah tiada aktiviti pada waktu malam.
Dalam pada program berjalan, kami diberikan tugasan indidvidu dan juga kumpulan dan perlu dihantar dalam jangkamasa yang ditetapkan sebelum berakhirnya proram induksi. Kami juga diminta menerbitkan buletin yang berkisar mengenai berita dan aktiviti yang berjalan sepanjang induksi. Hari terkahir ialah peperiksaan awam.
Malam penutup induksi ialah malam dimana kami dari setiap kumpulan perlu membuat satu persembahan. Persembahan kumpulanku berkisar mengenai pantomen sambutan hari kemerdekaan dari perspektif orang muda. Penulis hanya diberi watak selaku ketua kampung. Pengarah kumpulan kami adalah pensyarah yang sekarng sedang cuti belajar di UK. Ahli kumpulan penulis salah seorangnya juga kini berada di UK.
Selesai induksi, selepas berehat sehari dua, kami perlu berkhemah di lokasi yang ditetapkan. Batch kami telah dipilih untuk berada di Kem Sekakap Mersing. Setiap kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan perlu membina khemah yang diisi dengan 2-3 orang dalam satu khemah. Amat seronok juga ber'camping' ini. Acara pada waktu malam ialah merentas hutan paya bakau dalam keadaan malam yang gelap dan hanya berbekalkan sebatang lilin untuk setiap kumpulan. Acara ini berkahir sekitar jam 3 pagi kalau tidak silap. Solat berjamaah tetap diberikan keutamaan meskipun pada hari ketibaan, iaitu hari Jumaat kami bermusafir selepas Subuh dengan meninggalkan solat Jumaat.
Acara-acara di siang hari ialah merentas halangan, memanjat tali dan sebagainya. Kumpulan kami turut disertai oleh pensyarah kerana induksi ini adalah induksi untuk kumpulan A & B.
Itulah induksi bagi kami di organisasi ini. Lain organisasi lain acara induksi mereka.

Ulasan