sisipan konvokesyen









Sekarang ini kebanyakan kampus universiti sedang sibuk menjayakan aktiviti konvokesyen.Pelbagai acara telah dan sedang dilaksanakan sebagai meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan perjuangan mencari ilmu di menara gading. Kejayaan di peringkat universiti ini diukur dengan keberhasilan siswa siswi menggenggam segulung sijil bernama diploma, ijazah, sarjana ataupun Ph.D.

Namun kita sebenarnya masih kabur dalam mencari jawapan .. dari manakah asal usulnya majlis konvokeyen ini? Sebagaimana yang umum mengetahui bahawa universiti di negara kita yang tercinta ini kebanyakkannya ditubuhkan selepas era kemedekaan negara. Hanya Universiti Malaya sahaja merupakan abang kepada universiti yang lain dan besar kemungkinan adik-adik ini belajar proses konvokesyen dari abang yang sulung ini sumbernya. Dan dari mana pula abang sulung ini menerima sanad berkaitan pelaksanaan majlis konvokesyen ini? Besar kemungkinan mereka menerimanya dari universiti tersohor yang terletak di Great Britain selaku penakluk negara sebelum ini.

Oleh kerana itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa majlis konvokeyen ini berasal dari majlis kristian.

NEW DELHI, 3 April (Bernama) -- Seorang menteri India yang terkenal kerana beberapa padangan radikalnya, mencetuskan kontroversi pada majlis konvokesyen sebuah institut kerajaan di Bhopal, Madhya Pradesh, semalam apabila beliau menanggalkan jubahnya kerana menganggap pakaian itu adalah pakaian manusia liar pada zaman pertengahan.

Menteri Alam Sekitar Jairam Ramesh, 55, yang diberi penghormatan sebagai jemputan kehormat pada majlis konvokesyen ketujuh Institut Pengurusan Hutan India, mengejutkan jemputan dan pelajar apabila beliau menanggalkan jubah berwarna merah manggis yang dipakaikan kepadanya sebelum memulakan ucapan.

"Saya masih tak faham kenapa selepas 60 tahun merdeka, kita masih mengagungkan peninggalan penjajah liar ini.

"Kenapakah kita tak boleh adakan majlis konvokesyen dengan hanya menggunakan pakaian ringkas, tanpa perlu berpakaian seperti paderi dan pope. Amalan ini bermula pada abad ke-13 di Oxford," kata Ramesh, sambil menerima tepukan bergemuruh daripada pelajar.

Ramesh, yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi di India melalui perbahasan tentang pengubahsuaian genetik terung, mencadangkan agar para pelajar memakai pakaian biasa ketika menghadiri majlis konvokesyen.

"Kamu boleh hadiri majlis konvokesyen dengan memakai baju dan seluar. Kenapa perlu pakai jubah? Topi pula hanya dipakai untuk dilambung setelah berakhir majlis konvokesyen," kata Ramesh seperti yang dipetik Times of India.

Menteri dari Parti Kongres itu kemudian meneruskan ucapannya dengan memakai kurta, pakaian kegemarannya


Walau bagaimanapun, ada juga pendapat mengatakan bahawa konvokesyen ini berasal dari universiti Islam yang awal seperti di Cordova, yang mana kemudiannya golongan salib telah membawa budaya keilmuan ini ke alam kegelapan mereka dan mendakwa ianya adalah berasal dari mereka..Wallahu alam.


Menara gading akan berbangga dengan kejayaan mereka menghasilkan sejumlah graduan saban tahun..mengikut sistem mereka
Ibu bapa akan berbangga dengan kejayaan anak-anak mereka meraih segulung ijazah..
Para graduan sudah mula berkira-kira .. sama ada untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi..
Ataupun sudah mula mengukur jenis-jenis kenderaan yang bakal dimiliki .. mengintai peluang-peluang pekerjaan di sana-sini ..
Ada juga yang tiba-tiba menitiskan air mata dek kerana terkenang dan terhimbau suka duka bercampur derita tatkala berada di medan pengajian
Adakah matlamat sebenar pendidikan kita hanya untuk menjadi pemegang jawatan yang bergaji empat lima angka semata-mata...

Jika itulah yang kita namakan ia sebagai kejayaan...yang kita bangga dan gembirakan .. pada hari-hari konvokesyen ini .. maka ia adalah satu kejayaan yang MENIPU ..

Adakah kejayaan di dunia hanya diukur dengan segulung sijil? Adakah niat menuntut ilmu kerana Allah semasa berada di gelanggang ilmu ini seqadar kosmetik untuk sahaja?

Alangkah ruginya kita...

Dan majlis konvokesyen di merata menara gading ini kita isikan dengan pelbagai acara .. sama ada acara haq ataupun yang batil....

disesetengah menara gading, acaranya sangat baik, sesuai dengan dukungan ketinggian ilmu dan kemantapan sahsiah pelajar berwawasan

Disesetengah menara gading, mereka dikaburkan dek keserakahan dan kelazatan berbau hancing budaya hendonisme .. hingga sukar bagi mereka untuk membezakan manakah hiburan yang haq..manakah hiburan yang batil dan menjijikkan..

Meskipun mereka tahu bahawa mereka telah tersilap dalam memilih hiburan untuk disajikan kepada warga kampus dan juga pengunjung, namun mereka cuba sedaya upaya untuk menghalalkan perkara tersebut dengan mengemukakan beribu alasan .. Maka selepas perbincangan formal diadakan, persetujuan antara penentang dan penganjur dicapai, konsert diteruskan dengan dikemukakan beberapa syarat Islami ..
Namun pada hari kejadian, apa yang berlaku jauh dari apa yang dipersetujui bersama. Tiada proses penguatkuasaan yang berlaku untuk menghalang percampuran bebas dua jantina yang sememangnya senantiasa tarik menarik bak magnet, tiada halangan untuk memakai pakaian aneh yang disifatkan oleh Junjungan sebagai "berpakaian tetapi bertelanjang", tiada siapa yang menghalang wujud kemabukan akibat minuman keras, ..
Inilah akibatnya apabila sesuatu perkara yang pada asalnya HARAM cuba diperHALALkan dengan memajukan pelbagai alternatif buat mengaburi pencinta Allah dan Rasul... Sayangnya mereka terpedaya dan diperdaya lagi dan lagi...

Atas nama apa sekalipun konsert dibuat, sama ada untuk perdamaian, atau untuk memberi kesedaran alam sekitar, atau kesedaran sosial, tiada perkara salah yang boleh dilaksanakan hanya kerana matlamat terlalu suci. Kita bukanlah penganut faham Machiveili yang percaya kepada doktrin matlamat menghalalkan cara. Kita mengambil dan berpegang teguh kepada doktrin ushul fiqh, lebih baik mengambil mudharat yang kecil daripada memilih mudharat yang lebih besar .. apabila bercampur perkara halal dengan perkara haram, maka yang haram akan menang ..


Dan penulis percaya di kebanyakan kampus yang masih kabur untuk memilih hiburan dan acara pengisian dalam majlis konvokesyen, mereka akan cuba diperdayakan oleh golongan yang pro, serta cuba pula dihalang oleh golongan yang kontra, sekiranya berlaku sebarang kekhilafan atau anasir-anasir berbau maksiat yang dikenalpasti oleh golongan kontra.

Sebenarnya banyak lagi acara lain yang boleh menghiburkan khayalak disamping dapat menonjolkan kewujudan universiti ditengah-tengah masyarakat yang mampu menjana modal insan terbaik, disamping menunjukkan contoh sikap terhadap keilmuan... Adakah hanya dengan menjemput beberapa orang artis picisan, ataupun artis agung maka universiti sudah boleh diiktiraf sebagai memartabatkan ilmu dengan menghargai karyawan? Ataukah tanpa kehadiran golongan ini, mencemar kesucian kampus selaku medan ilmu akan mengakibatkan ketempangan dan kejanggalan buat para pencinta ilmu sepanjang tahun lantas pada hari konvokesyen mengundang mereka adalah WAJIB buat azimat dan pembakar semangat siswa siswi kampus?

Pihak berkuasa kampus, khususnya MPP perlu tampil memberikan idea bernas yang mampu menarik masyarakat sekitar agar mereka dapat manfaat keilmuan apabila mereka berkunjung ke kampus untuk menghirup kesegaran dan kesucian udara kampus disamping meraikan kejayaan para siswazah.

Apakah salahnya jika diadakan petandingan gusti lengan, sebagai contoh..atau pertandingan pidato..ataupun pertandingan azan dan iqamah..ataupun pertandingan bacaan ayat-ayat suci Al Quran..kenapakah kita semakin jauh dengan budaya ilmu apalagi agama? Belum pernah terjumpa rasanya di mana-mana majlis konvokesyen cara selingan semasa penyampaian ijazah atau diploma diadakan bacaan ayat-ayat suci al quran...paling tidak pun lagu koir atau lagu-lagu yang didendangkan secara solo oleh penyanyi yang didatangkan dari kampus sendiri, seperti pelajar. Ada kalanya ibu bapa dan penjaga yang hadir pun rasa cair isi telinga mendengar suara yang jika tiada pun tidak mencacatkan majlis konvokesyen...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Marhaban dan baraan

Kisah Seorang Jurutol