Skate board d Bat City
29 Zulkaedah 1431 waktu Zuhur tatkala singgah di sebuah kompleks membeli belah di Bat City yang agak hebat itu bagi berlanggan dengan Mesin ATM Maybank, di sebelah bangunan kelihatan beberapa orang pemuda sebangsa sedang berkumpul di terik matahari. Mereka sedang asyik memerhatikan dan juga bermain skate board. Agaknya ada pertandingan yang telah diaturkan..
Kelihatan mereka begitu bersungguh-sungguh bermain dengan berpakaian yang tidaklah kemas. Sanggup berpanas di waktu Zuhur. Para juri mungkin berada di bawah khemah yang disediakan.
Tidak kelihatan pula bangsa lain tatkala penulis berada di situ, baik pemain mahupun penonton. Mungkin bukan 1 Malaysia yang berminat. Mungkin hanya ada 1 bangsa sahaja yang berminat. Mereka adalah bangsa penulis. Sudah barang pasti mereka juga 1 aqidah dengan penulis. Alangkah cantiknya kalau penganjur menepati waktu solat. Berhenti untuk solat sekurang-kurangnya. Lebih cantik kalau dianjurkan solat berjamaah sekali. Tentu lebih cantik. Ini bukan masalah sensitivi beragama. Ini perkara 1 Aqidah, Syariat didahulukan, solat diutamakan.
Kita sukar untuk memasukkan agenda solat berjamaah dalam program anjuran kita. Kita lebih gemar menjadikannya sebagai agenda peribadi sahaja. Apabila dilaksanakan bulan solat, ada yang terpinga-pinga, bahkan ada yang menjadikannya sebagai perkara lelucon untuk diketawakan.
Kenapa kita kurang menggemari solat berjamaah? Kenapa kita masih beranggapan ianya milik individu tak perlu diwar-warkan, apalagi solat di tepi jalan dan sebagainya sepertinya menunjuk-nunjuk. Lebih baik qadha' daripada solat merata..?
Kita banyak menganjurkan program untuk mengisi aktiviti remaja, tetapi malangnya pengisian yang dibuat jauh dari cerminan iman dan timbangan neraca Islam. Kebanyakan program melibatkan remaja hanya diisi dengan serunuk dan gumbire semata-mata. Bersukan, camping, bergaul lelaki dan perempun. Bab solat, kadang-kadang disediakan slot tetapi hanya secara sendiri-sendiri nafsu nafsi."Budah dah besar..pandai-pandai dialah.." kata fasilitator yang kurang (?) ..
Jika ianya terus begini, usah diperkatakan mengenai bagaimana cara hendak mengatasi kes sosial yang meningkat...Mencegah ZINA itu lebih baik daripada mengubatinya...
Ulasan