bonus dan kita
Dalam perjalanan pulang, perbualan mengenai bonus diperbincangkan. Kegagalan pihak pemerintah untuk memberikan bonus dengan alasan ianya boleh menyebabkan surplus, atau kata lain, kemuflisan terhadap dana kerajaan.
Sepatutnya pihak CUEPACS perlu memohon dan merayu kerajaan untuk memberikan bonus bukan sebulan atau dua bulan gaji kerana ianya bakal membebankan kerajaan. Sebagai contoh, jika kerajaan mengumumkan bonus sebulan gaji kepada hampir 1 juta penjawat awam, ini bermakna PAR yang bergaji lebih kurang RM800 sebulan juga akan mendapat tambahan RM800 menjadikannya RM1,600. Tetapi bagi jawatan JUSA contohnya, gaji RM12,000 akan mendapat tambahan RM12,000 menjadikannya RM24,000!! Ini merupakan satu contoh yang boleh merugikan kerajaan kerana terpaksa membayar dalam amaun yang banyak dan secara halusnya adalah amat tidak adil kerana yang berpangkat dan bergaji rendah tetap mendapat sedikit manakala yang berpangkat dan bergaji besar menjadi semakin mewah..
Langkah kerajaan memberikan imbuhan RM500 kepada semua penjawat awam dilihat lebih telus dan adil. Kesemua pangkat hingga gred 54 yang sudah barangtentu berlainan tangga gaji akan mendapat amaun yang sama.
Alangkah bahagianya kalau dalam belanjawan akan datang, kerajaan mengumumkan bonus RM6,000 kepada semua penjawat awam dari gred 1 hingga 54...Cuba bayangkan kegembiraan staf N1 mendapat RM6,000 dalam akaun gaji mereka...Sudah tentu senyuman mereka tidak lekang dari bibir,semangat kerja bertambah, sayang mereka kepada pemerintah berganda-ganda. N54 juga tetap tersenyum dengan pemberian RM6,000 dalam akaun mereka meskipun kelihatan biasa bagi golongan ini, namun mampu menggembirakan...CUEPACS sepatutnya memohon bonus dengan menyebut amaun yang tinggi, bukan meminta dan mengemis untuk tambahan duit sebulan dua...sebutkan jelas RM 6,000 setiap seorang penjawat awam semua gred.
Ntah bila akan berlaku begitu? Tuhan kami, janganlah jadikan ianya hanya seqadar angan-anagan kami sahaja...
Ulasan