solat dan bunyi-bunyian



Dalam dunia teknologi yang mencapai tahap tinggi dewasa ini, seringkali tatkala kita menunaikan solat berjamaah, akan kedengaran bunyi-bunyian deringan HP dari sahabat-sahabat yang teralpa untuk mengubah mode HP mereka kepada nada senyap ataupun getaran.
Pernah satu ketika, dek kerana HP sahabat ini agak kuat 'volume'nya, maka bunyi lagu dendangan Salem IKLIM, 'saksi bisu' memenuhi ruang keheningan dan kesyahduan solat Isya'. Oleh kerana lagu itu di set kan pada penerimaan mesej, maka ianya berkumandang hampir penuh dan bermula sebaik sahaja imam masuk ke rakaat ke tiga. Usai solat, ada jamaah yang merungut mengatakan seperti gereja..

Juga satu ketika solat Jumaat, dalam rakaat ke dua tatkala imam membaca fatehah, kedengaran suara lagu doraemon berbunyi dari HP seseorang. Imam kelihatan agak terganggu dengan bunyian tersebut.

Imam-imam perlu memberikan ingatan kepada makmum sebelum memulakan solat, selain ingatan untuk meluruskan serta merapatkan saf, agar menukarkan nada HP kepada mode senyap atau getaran sahaja. Ingatan ini perlu dibuat kerana ada kalanya makmum terlupa untuk menukarkan mode nada dering hp masing-masing. Penulis juga kerap terlupa dan tatkala teringat ketika dalam solat, hati berdoa agar HP ni tidak berbunyi tatkala di dalam solat.

Jamaah sebenarnya tidak boleh merungut, memarahi, menimbulkan rungutan yang menyakitkan hati pemilik HP yang berbunyi kuat tadi jika imam pada awal solat tidak memberikan ingatan khusus, ataupun makmum tadi dalam keadaan masbuq yang gagal mendapat peringatan daripada sang imam. Ini adalah kerana tidak ada seorang jamaah pun yang mahu memperdengarkan bunyian HP masing-masing kepada umum tatkala solat didirikan, meskipun memainkan lagu-lagu Islami, ataupun bacaan zikir hatta al quran sekalipun, kerana secara fitrahnya mereka memahami bahawa bunyian tatkala solat berjamaah boleh menghilangkan tumpuan dan kekhusyukan. Namun kebanyakan dari jamaah sering terleka dan terlalai. Andaikata kita dalam jamaah solat dan kedengaran bunyi nada dering HP, biarkanlah sahaja...teruskan sahaja tumpuan terhadap solat..Dan yang paling penting, jangan sesekali mempamerkan ketidak puasahan hati terhadap pemilik HP tadi...kerana ianya akan menimbulkan perasaan kurang senang pemilik HP tadi, dan boleh pula menyebabkan ia berkecil hati lantas menjauhkan diri dari rumah-rumah Allah, walhal kita sepatutnya menjadikan rumah-rumah Allah ini sebagai tempat menyemai kecintaan, persaudaraan dan keamanan sesama Muslim..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol