Sukarnya ..

Sememangnya penulis kerap terlibat dengan gerak kerja yang melibatkan kem-kem motivasi meskipun tidak mendapat pendidikan secara formal berkaitan aktiviti ini.

Seingat penulis, penyertaan dalam bidang kefaislaltoran ini bermula seawal tahun 2003 dimana mentor ketika itu telah mencadangkan agar penulis memohon apabila pihak organisasi membuka tawaran.Penulis telah dipanggil untuk temuduga dan diantara soalan yang masih terngiang-ngiang di telinga penulis hingga ke saat ini,

" Jika sekiranya pihak kami memanggil anda untuk menjayakan satu program pada hujung minggu, tanpa sebarang bayaran, adakah anda sanggup?"

Tentu sahaja jawapannya sanggup meskipun ianya perlu difikirkan lapan kali sebenarnya..

Dan akhirnya penulis telah diterima. Kami telah dihantar menghadiri kursus TOT di Janda Baik. Diantara yang hadir ialah TG, Mejar dan ramai lagi. Kursus tersebut sangat menarik. Antara yang masih diingati ialah, semasa acara ice breaking, setiap peserta diminta menyanyikan sebuah lagu. Penulis menyanyikan lagu tinggallah ibu tinggallah ayah. Mejar dengan lagu gadis dan bunga manakala TG menyanyikan lagu Sepohon kayu. TG telah menerima sebuah pemberian berupa baju vest.

Pulang dari kursus, penulis menerima surat selaku fasilitator organisasi. Maka penulis mula dipanggil terlibat dalam aktiviti induksi organisasi.

Kemudian, penulis tidak lagi dipanggil untuk satu jangkamasa yang agak lama. Sekitar tahun 2004, penulis telah dipanggil menyertai kursus HROD di Sungkai Perak.

Kursus di Sungkai selama 4 hari 3 malam banyak membuka mata penulis. Fasilitator pihak consultant hanya 3 orang, seorang berwatak baik, seorang berwatak garang (kem komandan) dan seorang lagi lebih sebagai pegawai kembara. Pegawai kembara tidak langsung masuk campur urusan sahabat berdua yang lain itu.

Kami dilayan bagai peserta kem tahanan oleh kem komandan. Nasi sebiji tumpah di atas meja makan boleh menyebabkan kami terpaksa berlari keliling padang jam 2.15 tengahari. Boleh dikatakan peserta yang terdiri dari bapa dan mak orang dah masih menggigil bila terdengar suara orang tua ni...

Kembara malam agak menakutkan bagi yang pertama kali menyertainya. Tapi sebenarnya yang agak menggegarkan jiwa, bila terpaksa berjalan keseorangan pulang ke base camp...

Selesai kursus, penulis akhirnya dipanggil pula untuk kursus TOT selaku fasilitator program HROD. Ianya merupakan program pertama yang menyerupai kursus di Sungkai tetapi oleh fasilitator organisasi sendiri. Selesai TOT, penulis adalah antara yang dipanggil. Maka bermulalah sejarah penulis bersama pihak HROD...

Apabila HROD berakhir, penulis ada juga dipanggil menyertai program jati diri dibawah program INSEP. Sekarang juga masih aktif dengan pihak Pusat Islam dibawah program popularnya PINTAR dan lain-lain.

Sememangnya bidang ini amat menyeronokkan. Cuma sayangnya, kalau sahabat-sahabat kita kurang faham fungsi dan matlamat. Mungkin jika hendak dibandingkan dengan syarikat consultant yang mengejar wang, habuan yang kami terima sangat kecil amaunnya. Namun dek kerana minat, perjuangan dan inginkan pengalaman, kami masih setia hadir progra. Bahkan semasa menjawat jawatan fasilitator HROD sendiri selama 4 hari setiap kali program SETIAP bulan, sesen pun kami tidak pernah terima. Kami niatkan, ini adalah selaku timbang balas mana-mana waktu bekerja yang mungkin kami terlalai, tertidur, tersembang, termain game, terpergi makan dan sebagainya.

Memang kita mempunyai matlamat perjuangan. Ingin mendidik anak bangsa agar cintakan agama mereka. Agar mereka sayangkan keluarga mereka. Agar mereka terangsang menjadi pelajar terbaik. Meskipun hanya dibayar seqadar sesen dua. Tetapi oleh kerana KEIHKLASAN itu, kami tetap terpaku dan setia dengan gerakan ini. Tanpa mengenal letih ..

Namun apabila kita gagal memahami tugasan kita yang sebenarnya, ia akhirnya jika terus dibiarkan akan menyebabkan kehancuran.

Ketua Fasilitator (KF) yang merupakan ketua dalam setiap modul, mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pelaksanaan program. Mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam menjayakan sesebuah program. Kesemua modul adalah dibawah pengawasan dan beliau mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu modul itu perlu dilaksanakan ataupun tidak.

KF dalam sesuatu program boleh mengetuai sesuatu SDK ataupun langsung tiada SDK untuknya. KF kalau mengikut pengalaman dalam program sebelumnya, akan berbicara di saat awal program, dan apabila ada kesempatan akan mencelah diantara beberapa SDK, sebelum ianya bermula.

Kem Komandan mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam menentukan kejayaan sesebuah program. Ia mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan peserta sepanjang program. Dia juga memastikan setiap peraturan dipatuhi oleh peserta dan tindakan segera perlu dilaksanakan terhadap mereka yang engkar. kem komandan tidak perlu masuk ke bidang kefasilitatoran kerana ia perlu berwatak garang dan tegas. Apabila dia memegang kumpulan, maka mungkin terserlah watak sebenarnya selaku seorang yang 'baik' sebenarnya. Dan ini boleh menyebabkan berlaku bias.

Pegawai Kembara pula bertanggungjawab memastikan modul kembara yang dirancang dapat dijalankan dengan selamat dan seterusnya memastikan keselamatan peserta semasa program kembara berjalan.

Tiga watak utama ini sebenarnya yang paling penting. Jika tiga watak utama ini gagal, maka program akan hancur. Ketiga-tiga mereka ada bidang mereka sendiri. Adalah satu kesilapan bila ada diantara mereka yang mahu masuk campur dalam urusan watak lain. Umpamanya bila Kem Komandan ingin masuk urusan penyediaan tapak kembara, sudah barangpasti urusan kem akan tergendala, manakala pegawai kembara akan menjadi ringan tugasnya. Ataupun watak KF ingin juga menjelma sekali sekala dalam watak Kem komandan, tentunya janggal dan tidak kena.

Kem Komandan juga memerlukan watak seseorang yang tegas dan cepat bertindak serta peka terhadap kesalahan. Peserta sekarang tidak begitu risau dengan herdikan, teriakan apatah lagi bebelan. Hanya hukuman tegas sahaja yang mampu membuatkan mereka insaf dan memberikan kesan mendalam. Kalau KK hanya tahu membebel dan sibuk pula hendak slot berceramah panjang, maka peserta mungkin tidak terangsang serta peka terhdapap kesalahan yang dilakukan. Kem komandan tidak perlu berwatak seolah-olah seorang ayah. Nanti hasilnya dikhuatiri menyebabkan peserta mula memperolok-olokkannya.

Tiga watak ini sebenarnya yang bakal mencorakkan hasil sesebuah program. Sekiranya ketiga-tiga watak ini gagal, atau bercampur baur, atau statik..maka lorong kegelapan sudah mula kelihatan di hujung sana ...

Semoga kita berjaya dalam semua lapangan ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol