Semakmur hebat
Jumaat 15 April penulis berangkat ke Pasir Lanun Mersing bagi menyelesaikan misi..Kem Kepimpinan Pengawas untuk sekolah SEMAKMUR…nama gelaran baru sebuah sekolah yang pernah melaksanakan program ini pada tahun sebelumnya.
Penulis sekali lagi diamanahkan selaku kem komandan. Ketibaan penulis dengan menaiki kenderaan organisasi sekitar jam 11 pagi. Peserta seramai 45 orang tiba sekitar jam 12.00 tengahari. Hanya 12 orang lelaki dan selebihnya perempuan.
Selesai solat jumaat di masjid berhampiran, program bermula dengan penyerahan barang amanah dan penerimaan barang peribadi.
Ice breaking mengambil tempat selepas itu. Dikendalikan oleh KF. Usai Asr, acara riadah sarang tebuan oleh tuan pegawai sukan (PS). Usai maghrib, kuliah oleh Ustaz Nur. Usai kuliah, dinamika kumpulan mengambil tempat. Enam kumpulan yang terbentuk menanti nama , logo, bendera, lagu dan gaya kumpulan. Pembentangan agak hangat.
Qiam keesokkan harinya dipimpin oleh TG. Usai subuh, tazkirah oleh ustazah. Kemudian riadah bersama PS. Ceramah oleh TG mengambil tempat, diikuti oleh ceramah oleh Tuan F. Usai zuhur ceramah oleh KF. Riadah petang tergendala gara-gara hujan lebat. Bagi mengisi masa, sesi bersama fasi dikendalikan oleh KF. Pertanyaan menarik oleh peserta terhadap penulis, “Cikgu ni memang tak boleh senyum ke?”
Riadah petang berlangsung jua dengan kaki A. Usai maghrib, jati diri oleh KK. Jam 9 kembara malam bermula. Kembara kali ini agak lain daripada biasa. Ianya lebih kepada war game. Peserta terbahagi kepada dua kumpulan, defensive dan offensive. Satu kumpulan perlu membina kubu, menara dan janakausa manakala kumpulan satu lagi mempunyai misi memusnahkan kubu yang telah dibina. Menanti serangan hingga menjejak ke pukul 3 pagi. Rupanya pihak penyerang juga lebih bersikap offensive. Kalau dibiarkan mahu juga hingga menjelang subuh baru berakhir. Setelah diprovok, barulah serangan bermula.
Selesai peperangan, peserta bergerak secara berasingan sehingga ke lokasi penamat dengan hanya berpandukan tali.
Subuh lewat dari biasa bagi penulis. Usai solat, menyambung sulaman mimpi hingga jam 8.15. Jam 9.30 program refleksi hingga jam 11.30 pagi. Acara penutup tamat jam 1 tengahari.
Selaku kem komandan, penulis memakai watak garang dan senantiasa peka untuk melaksanakan denda. Mungkin pendekatan ini kurang digemari, tetapi demi untuk menjayakan program dengan izin KF, ianya dilaksanakan. Setiap kali sebelum sesuatu program bermula, pelajar akan dikumpulkan dan berbaris serta mengira ahli dan kawad. Sekiranya ada didapati sebarang kesalahan, denda berupa larian akan dikenakan.
Petang terakhir sebelum pulang, peserta dibenarkan untuk mandi manda di laut. Kata orang, bila dah jejak dan tidur di tepi pantai, rugilah kalau tidak cuba menyelam ke laut. Semua peserta dipaksa membasahkan diri.
Ada dikalangan peserta yang telah menyertai program ini pada tahun sebelumnya. Namun pendekatan yang digunakan kali ini agak berbeza lebih-lebih lagi berkaitan kembara wira. Kembara wira lebih menekankan aspek peperangan, perjuangan dan juga kepimpinan.
Kepada semua yang terlibat, khususnya pelajar, teruskan kehebatan semakmur...
Sesi kepimpinan Rasulullah oleh Al Fadhil Tuan Guru .. bilakah kita hendak menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikon kehidupan sebenar?

Ulasan