perayaan hallowen ?


GAMBAR HIASAN

Di suatu petang yang agak redup, tatkala pulang dari pejabat, penulis bersama tiga penumpang regular bersiap untuk memasuki satu road block. Sejak akhir-akhir ini memang setiap hari pasti ada sekatan jalan raya untuk pemeriksaan polis atau singkatan road block. Seolah-olah zaman darurat, kerana teringatkan babak-babak dalam filem Bukit Kepong arahan Senator Dr Jins Shamsuddin , juga filem-filem berkaitan zaman dharurat yang sering ditayangkan di stesen-stesen TV milik pemerintah, khususnya tatkala sambutan bulan kemerdekaan negara..

Anehnya, kereta kancil dihadapan kereta penulis ditahan dan petugas polis seolah-olah amat berminat untuk menyoal pemilik kereta. Salah seorang penumpang mengatakan, mungkin pemandu kereta tersebut anak dara, maka polis banyak menyoal.

Tetapi apabila kereta tersebut diarahkan berhenti di tepi jalan, dan tatkala kenderaan penulis melalui sekatan tersebut dengan jayanya, rupanya keempat-empat penumpang mempunyai wajah yang aneh...seolah-olah sedang dalam perjalanan untuk ke sebuah acara. Serentak penumpang di dala kenderaan membuat telahan, mungkin parti hallowen..

Telahan ini berdasarkan kepada gambaran kasar, setakat ini hanya parti berbau seumpama itu sahaja yang memerlukan jemputan memakai kostum yang aneh, menakutkan dan sebagainya.

Andaikata ianya betul bernawaitu ke situ, alangkah malangnya. Ibu daerah kecil yang dimastautin oleh penulis rupanya ada juga menganjurkan pesta keliaran seumpama itu. Nah...jika benar, dimana tindakan para penguatkuasa agama?

Janganlah hanya tugas sang penguatkuasa agama hanya seqadar memantau dan menangkap penceramah tidak bertauliah sahaja (baca: penceramah berbau politik pembangkang)tetapi membiarkan maksiat yang secara terang-terangan dilaksanakan tanpa ada sebarang permit dari Allah itu .. Tapi kalau dibuat di lokasi tertutup...takkan nak mengintai pula?

Parti hallowen itu bukan sahaja bercanggah dengan nilai ketimuran dan akhlak tetapi boleh merosakkan aqidah umat kerana perayaan itu adalah merupakan salah satu perayaan berunsur kristianisasi guna untuk merosakkan akhlak remaja ..

ASAL USUL PERAYAAN INI BOLEH DIDAPATI DI
http://argakencana.blogspot.com/2010/02/asal-mula-perayaan-halloween.html

wallahu a'lam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol