Hari Raya di pejabat baru : backdated entry

Sambutan hari raya di peringkat jabatan penulis diadakan agak lewat pada tahun ini, iaitu pada 1 Zulkaedah 1432. Sememangnya sambutan hari raya eid di negeri ini kerap berlarutan hingga menjejak ke bulan zulkaedah, meskipun takbir hari raya hanya dikumandangkan sehingga seleai solat sunat eid fitr, berbanding alunan takbir sehingga asr 13 Zulhijjah, namun kemeriahan, kehangatan dan aura sambutan eid fitr sangat terasa di kebanyakan negeri-negeri di semenanjung tanah melayu, khususnya di negeri Darul Ta'zim ini.

Sebagaimana biasa, sambutan dikendalikan oleh sepenuhnya oleh pihak wanita jabatan penulis. Lokasi ialah makmal yang masih kosong dan luas. Ini merupakan sambutan pertama yang dibuat di kompleks bangunan baru yang tersergam indah ini.

Ucapan oleh timbalan memulakan rentak majlis dan disusuli oleh lagu-lagu raya...itu memang biasa di mana-mana majlis hari raya. Jarang sangat telinga kita akan disumbat dengan alunan nasyid ataupun selawat jika majlis seumpama ini. Lagu hari raya dendangan orang lama dan baru dikumandangkan dan terus menjadi seolah-olah 'syiar' hari raya. Orang kita ini terlalu sinonim dan sentimental apabila mendengar takbir dan kemudiannya diiringi oleh lagu-lagu raya. Mungkin bagi beberapa golongan di antara mereka takbir hari raya pun tidak berapa penting. Yang paling penting ialah lagu-lagu hari raya yang merupakan syiar terpenting dan diagung-agungkan mengalahkan zikir dan pujian kepada Yang Maha Pencipta yang telah menganugerahkan hari raya kepada hamba-hambaNya sebagai satu bentuk kegembiraan dan kemenangan.

Makanan yang dihidangkan adalah amat menyelerakan disertakan dengan kek dan juga puding. Kehadiran adalah seperti biasa. Jarang untuk dapat 100% attendence. Majlis seumpama ini kalau datang pun bukannya dikenakan sebarang bayaran, bahkan dapat makanan percuma lagi, namun masih ada juga yang seolah-olahnya segan dan rendah diri untuk hadir maka terciptalah seribu satu alasan untuk menghalalkan ketidak hadirannya itu.

Sesungguhnya majlis seumpama ini pada dasarnya ialah untuk mencapai objektif utama, iaitu ukhwah sesama staf. Apabila ada staf yang kerap tidak menunjukkan muka, maka seolah-olah dia cuba memukul gendang perang di dalam rumahnya sendiri..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol