Cheras Perdana
Setelah sekian lama tidak bermusafir, penulis akhirnya memulakan sebuah perjalanan menuju ke Cheras Perdana bagi menghadiri majlis pernikahan. Perjalanan penulis bermula sekitar jam 7.00 malam dan bergerak masuk ke lebuhraya sekitar jam 8.30 malam. Suasana lebuhraya boleh dikatakan lancar dan tenang. Ketika tiba di kawasan R&R Seremban, lampu amaran petrol mula menyala namun penulis cuba meyakinkan diri dengan bertawakkal kepada Allah...memandangkan destinasi dijangka sudah semakin hampir. Namun dek kerana lampu amaran semakin kerap menyala dan kurang pula terpadam, maka kelajuan kereta mula diturunkan...
Akhirnya dengan izin Allah jua, penulis dan keluarga selamat tiba di stesen minyak Shell berhampiran The Mines...Maka petrol pun diisi penuh dengan nilai RM90.00 menggunakan Ron 97. Bayaran tol pula bernilai RM 30.90.
Acara pertama selepas tiba ialah makan malam. Lokasi berhampiran dengan rumah ibu saudara. Makan untuk lima orang dewasa dan tiga kanak-kanak tidak sampai pun RM30.00...
Tatakala tiba di lokasi, ibu saudara pula tiada. Rancangan diubah menuju ke rumah abang ipar yang terletak di Saujana. Dengan tol RM0.90 kami menuju ke lokasi rumah tersebut untuk lojing. Tatkala tiba, semua ahli keluarga beliau telah pun tidur. Al maklumlah esok merupakan hari persekolahan. Bersembang dan sebagainya sehingga menjelang jam 2.00 pagi.
Menjelang Subuh, kami mula bangkit dan membuat persiapan diri. Bertolak untuk mencari sarapan pagi di Bandar tun Hussein Onn. sarapan di kedai pedas amat. Harga adalah RM22.70.
Dalam perjalanan topik perbualan ialah bagaimana menjadi kaya. Pelaburan dalam bidang hartanaha kelihatannya boleh membuatkan impian untuk menjadi kaya boleh dicapai. Kenapa hendak kaya? Agar segala hutang mampu terlangsai. Agar rumah dapat dibina juga rumah untuk orang tua. Agar sadaqah boleh diperpanjangkan...
Penulis akhirnya menghantar abang ipar ke lokasi kerjanya, sebuah kolej swasta milik kerajaan negeri. Menurutnya, solat jamaah di sini amat hidup dan masjid penuh setiap waktu. Rektor pula mula menghapuskan amalan punch card dan meletakkan tanggung jawab ke atas diri sendiri semata-mata untuk hadir bekerja.
Majlis pernikahan berjalan seperti dirancang sekitar menjelang waktu zawaal. Nenek saudara menjadi caterer pada hari itu. Tetamu jemputan tidaklah seperti majlis walimah yang luar biasa ramainya. Hanya rakan-rakan rapat sahaja yang dijemput hadir. Saudara mara terdekat juga tidak ramai yang hadir. Mungkin kerana dilaksanakan pada hari bekerja.
Usai jama qasr, penulis bersiap untuk bergerak pulang. Singgah sebentar di JJ terhampir. Tatkala Maghrib berkunjung, masih berada di pasaraya yang lain. Menyelesaikan jama' qasr di R&R jejantas serta menikmati A&W...
Tiba di kediaman sekitar jam 11.00 malam..

Ulasan