Kuliah Kiyai Suhaili

Jumaat selepas Maghrib, kuliah di jame Kg Melayu dibawa oleh Kiyai Suhaili. Pada awalnya tatkala berada di dalam kenderaan sementara menunggu suara pengkuliah, terasa berat untuk melangkah sekiranya dijangka pengkuliah bukan favourite. Sebaik sahaja terdengar lantunan suara dari menara tinggi, fikiran menangkap, agaknya ustaz perubatan islam tempoh hari. tatkala tiba di kaki tangga masjid, barulah gambaran lebih jelas. Al Fadhil Kiyai Suhaili agaknya...Maka bertemu dengan seorang saudagar juga disitu lantas bertanya untuk pengesahan, maka sahih kuliah oleh kiyai.

Jamaah yang hadir agak ramai juga. Kebanyakannya adalah orang lama-lama juga. Antara isi kandungan kuliah beliau ialah memetik bacaan sang imam muda hafiz Maghrib tadi berkaitan ayat yang bermaksud, "Diciptakan manusia itu bersifat lemah..."

Ulama menfasirkan bahawa lemah akan manusia itu ada empat iaitu..

1. lemah iman
2. lemah keyakinan

dan penulis terlupa pada dua lagi perkataan kiyai..Itulah antara akibat tidak mencatat ..datang berlenggang seolah tuan guru. Teringat pula akan kata-kata tuan guru Baharuddin bahawa murid-murid sekarang kelihatan lebih pandai dari guru kerana mereka datang kuliah berlenggang tanpa kitab ataupun nota catatan sedangkan tuan guru pula hadir dengan membawa kitab berkepuk-kepuk...

Walau bagaimanapun, kiyai ada membacakan hadis yang bermaksud bahawa setiap malam malaikat akan bertanya kepada ahli kubur, apakah keinginan anda? Maka mereka (ahli kubur) menjawab, kami ingin menjadi ahli masjid.

Maka disyarahkan oleh beliau akan hadis tersebut bahawa ahli kubur tidak mungkin akan mampu mendatangi masjid lagi dan jika mampu pun, manusia akan bercempera melarikan diri. Oleh yang demikian, ulas kiyai lagi, orang yang tidak gemar mendatangi masjid adalah seolah-olah menyerupai orang yang telah mati kerana mereka tidak dapat mendatangi masjid sama hal keadaannya seperti orang yang telah mati..

Kiyai menyatakan lagi bahawa adalah merupakan kerugian yang amat besar sekiranya dalam kehidupan yang sempurna ini kita masih jauh dari rumah-rumah Allah dimana rahmat Allah akan diturunkan pada sesuatu kawasan itu mulai dari masjid yang ada dalam sesuatu qaryah. Maka sudah barang pasti para tetamu Allah akan menjadi orang yang pertama dan paling banyak mengaut rahmat yang turun kerana mereka sememangnya berada di rumah-rumah Allah itu...

Kiyai juga merawikan hadis yang bermaksud bahawa ahli masjid akan terselamat daripada siksaan dan azab di dalam kubur..

Tatkala azan Isya dikumandangkan, dua das dentuman mercun menggegarkan masjid. Mungkin dari sambutan tahun baru cina yang bakal menjengah pada Isnin nanti...

Ulasan

onlajer berkata…
Hanya dapat mengikuti kuliah subuh kiai suhaili pada hari kelepasan am pada hari sabtu dan ahad pak kiai membuat kuliah ditempat lain di kg seri merlong

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol