Pasangan itu biasa saja!!

Ketika menunggu pesanan makanan siap, penulis mengambil satu sudut di gerai makan konsep terbuka di bawah sepohon rimbun di tepi jalan. Ketika khayal dengan suasana sekeliling, penulis tertarik dengan sepasang manusia yang duduk di suatu sudut meja yang agak terbuka. Pasangan ini kelihatan berbual sangat mesra. Di meja kelihatan dua buah gelas yang hampir kosong tanpa pinggan yang menandakan mereka ke situ bukan dengan nawaitu untuk mengisi perut. Sang lelaki memakai t shirt berwarna hitam tanpa kolar dan pasangannya tanpa menutup aurat (tidak bertudung), memakai t shirt berlengan pendek. Sang gadis itu hanya bertocang rambut dan kelihatan tidak menarik pada pandangan mata penulis. Dia berbual dengan sekali sekala mengusap rambut sang lelaki. Ada kalanya dia mengelus tangannya pada pipi si lelaki dan ada ketikanya seolah-olah ingin mencium pipi lelaki tersebut dengan gaya ciuman kucing.

Penulis mnasih memerhatikan pasangan itu dengan agak geram. Kurang ajar mereka ini!! Duduk di tempat awam dengan berselindung dengan dua buah gelas hampir kosong hanya semata-mata untuk berkasih-kasihan. Mereka ini tidak segan silu bersentuhan tangan, pipi dan sebagainya.Mereka seolah-olah lup[a masih beragama Islam, masih bernabikan Muhammad SAW, masih bertuhankan Allah yang ternyata tanpa selindung melihat akan perbuatan mereka dengan jelas..

Penulis pelik dan ajaib bahawa mereka ini seolah-olahnya melakukan tindakan menyentuh, mengusap, dan sebagainya seolah-olah mereka adalah pasangan mahram ataupun adik beradik. Mustahil juga di akhir zaman ini boleh melihat adik beradik memaparkan sikap sedemikian rupa di lokasi awam..Jika suami isteri sekalipun jarang berbuat demikian...Selalunya yang berkelakuan begitu adalah pasangan bukan mahram yang haram bersentuhan apalagi bercumbuan!!

Penulis hampir bangun untuk menegur atau hampir sahaja hendak memekik agar tindakan mereka dihentikan. Tapi premis tersebut adalah milik tuan punya kedai. Mungkin apabila penulis melakukan tindakan tersebut bisa merosakkan reputasi kedainya...

Tapi setelah makanan yang dipesan siap dan dibayar harganya, penulis melangkah ke dalam kereta dengan seribu kekesalan. Kesal dengan perbuatan pasangan tersebut. Dan lebih kesal kerana penulis gagal melakanakan nahi munkar yang sangat-sangat dituntut. Bukankah Nabi SAW menyatakan apabila melihat sesuatu kerosakan maka hendaklah dibetulkan dengan tangan, atau dengan lidah atau dengan kebencian di dalam hati, dan itulah selemah-lemah iman. oh...alangkah lemahnya iman yang dimiliki penulis.

Berbalik kepada pasangan tadi, sememangnya remaja kini apabila telah mula berkasihan, mereka akan melemparkan agama mereka sejauh-jauhnya ke belakang. Mereka hanya akan berkiblatkan syahwat semata-mata. Itulah sebabnya mereka boleh bersentuhan, berkucupan, hampir setiap hari dan akhirnya berzina dan melahirkan anak-anak tidak sah taraf,,!!

Alah encik...inikan perkara biasa...kami bukan buat apa=apa pun..seqadar bersembang. Semtuh-sentuh ni biase je...bukan buat maksiat pun..

Ohh..jauh sungguh tafsiran maksiat mereka. Mereka mengertinkan maksiat hanya apabila berlakunya persetubuhan. selagi belum melakukannya, maka ianya tidak mengapa??

Maka biasa kita lihat pasangan bersalaman sambil yang wanita mencium tangan lelaki seolah-olah suami atau bapa atau saudara kandung mereka, kemudian dibalas pula ciuman tangan oleh sang lelaki terhadap pasangan mereka!!

Bukankah al quran secara jelas telah melarang perbuatan mendekati zina bahkan menyentuh dan berbucara mesra juga sudah dianggap sebagai salah satu zina oleh Nabi SAW?

Selagi masyarakat masih lemah dan gagal memberikan teguran, sebagaimana penulis, maka maksiat seumpama ini akan terus bermaharaja lela. Oleh itu memang benar apa yang diramalkan oleh nabi SAW bahawa tidak akan datang kiamat kecuali apabila manusia melakukan zina seenaknya di jalanan. Jika kini manusia berpegangan tangan sesama bukan mahram dianggap ringan dan perkara biasa, maka satu ketika nanti manusia bersetubuh di tepi-tepi jalan, di taman bunga bahkan di kedai makan dianggap biasa dan orang tua tatkala itu hanya mampu menggelengkan kepala kerana takut untuk menegur...Wallahu a'lam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol