Kelas 9

Minggu ini merupakan kelas ke sembilan. Perbincangan awal berkisar mengenai program yang bakal dilaksanakan di Kluang. Sebelum itu menyelesaikan ujian azan. Ternyata terdapat bakat-bakat muazzin terpendam di dalam dada anak-anak muda ini.

Penulis menegaskan bahawa program kerja luar yang dibentuk oleh pihak ko kurikulum ini bukanlah program biasa, Ianya dinilai dan mengandungi 30% markah. Penilaian dibuat berdasarkan kepada team work, salah sati elemen utama dalam pembentukan kemahiran Insaniah yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan program ko kurikulum.

Sekiranya segala benda perlu disuap kemulut, maka hilang wacana KI yang dicanang-canangkan oleh semua pihak yang terlibat dalam pembentukan kursus-kursus ko kurikulum.

Perbincangan utama pada minggu ini ialah topik berkaitan aktiviti masjid. Maka penulis membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan yang membincangkan mengenai aktivit yang perlu diwujudkan, kaedah menarik orang hadir juga perkara-perkara yang perlu diperbaiki.

Diantara cadangan yang menarik ialah mewujudkan bas berjadual 15 minit sebelum masuk waktu untuk membawa pelajar yang jauh menghadiri solat berjamaah, mewujudkan sistem merit dan kredit apabila hadir ke masjid dan sebagainya.

Penulis bercadang untuk memajukan cadangan-cadangan ini kepada pihak pentadbiran agama agar mereka memandang serius cadangan daripada bakal-bakal imam dan muazzin ini...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol