Kisah Ar Ma Gaddon

Dinyatakan dalam kuliah radio IKIM.FM  sekitar jam 7.30 pagi tadi, bahawa di wilayah zionis kini (Armageddon) pernah berlaku peristiwa besar yang telah dirakamkan dalam Al Quran yang melibatkan kuasa hitam dan kuasa putih.

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".



Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"


Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

Kuasa hitam dipegang oleh Jalut yang mempunyai 70,000 pengikut dan sebagaimana biasa, kuasa kehitaman yang derhaka kepada Allah pastinya akan mendapat jumlah pengikut yang ramai manakala Thalut pula hanya mempunyai pengikut sekitar 7000 orang sahaja.

Maka Thalut telah berjaya menguasai Baitul Maqdis dan hal ini telah menimbulkan perasaan kurang senang kepada Jalut memandangkan pengikutnya yang lebih besar drai Thalut maka secara logiknya, dia merupakan kuasa majoriti dan mana mungkin boleh kalah dan tunduk kepada kuasa minoriti.

Maka diutus utusan kepada Thalut agar diberikan kekuasaan kepadanya dan jika tidak dia pasti akan menyerang Baitul Muqaddis. Thalut menjawab bahawa mereka adalah dari bangsa dan agama yang sama ..tiada sebab untuk berperang tetapi Jalut telah menetapkan azamnya dan bergeraklah ia menuju ke kota baitul muqaddis.

Oleh itu, tentera Thalut seramai 7000 orang itu turut keluar untuk mempertahankan kota suci mereka. Thalut telah mengenakan syarat yang ketat sebagai ujian terhadap keimanan dan kekentalan semangat tenteranya. Tatkala mereka mendekati sebatang sungai, dengan segera dilkeluarkan arahan tiada boleh masuk ke sungai untuk mandi apalagi meneguk minuman sepuasnya kecuali hanya secedok sahaja. Mereka yang tahan ujian ini sahajalah yang akan meneruskan perjalanan.

Maka ramailah dikalangan tentera Thalut ini yang tidak dapat menahan nafsu menikmati kedinginan air sungai tersebut dalam keadaan panas yang membakar dan membahang itu. Ramailah yang tewas dengan bermandi manda pelbagai gaya, menikmati kedinginan air sungai itu sepuasnya..hingga akhirnya mereka berkata, kami tidak terdaya lagi melawan Jalut.

Secara sainsnya, ujian Allah ini mengandungi kebaikan di mana medan pertempuran yang terletak di padang Armageddon itu sangat panas dan membahang. Tindakan mereka minum dengan banyak air dingin itu akan menyebabkan tubuh mereka menjadi lemah dan tidak berdaya lagi untuk berperang.



Maka bangkitlah hanya 70 orang sahaja yang mematuhi perintah ini. Maka tentera yang kecil ini akhirnya bertemu dengan Jalut yang mempunyai kekuatan seramai 70,000 tentera. Tatkala melihat pasukan yang terlalu kecil ini, Jalut dan tenteranya ketawa mengejek dan menyuruh agar segera  sahaja pulang..

Namun di tengah-tengah tentera itu ialah Daud a.s. Beliau ini telah mengikat batu pada serbannya dan membuat hanyunan kuat hingga tepat mengenai dahi Jalut lantas pecah bersepai tengkorak kepalanya. Apabila ini berlaku, menurut aturan peperangan zaman tersebut, apabila pemerintah berjaya di bunuh, maka saki baki tentera akan menyerah kalah...maka kemenangan berpihak kepada Thalut.

Pada akhir zaman kelak, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih pasti akan berlaku sekali lagi peperangan besar di bumi tersebut yang melibatkan tiga kelompok, tentera Rom (Kristian Lebanon), Tentera Al Mahdi dan Tentera Al Masih Dajjal...






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol