Kenangan di Dato Onn - Sebuah kisah di sekolah agama

Misi terbaru untuk penutup April di Sekolah agama. Ianya amat jarang bahkan tidak pernah berlaku sebelum ini sebenarnya....Masa yang diberi hanyalah dua hari satu malam..lokasi ialah pejabat pendidikan agama daerah...

Kami bergerak dari ibu pejabat sekitar jam 10.30 pagi dan menerima berita memilukan dengan pulang ke rahmatullah bonda kepada PH...Kami bergegas menuju ke hospital terlebih dahulu untuk memberikan penghormatan terakhir. Tatkala tiba, suasana pilu menyelubungi bilik pengurusan jenazah dengan bacaan ayat-ayat suci dan jenazah sedang bersiap untuk dimandikan. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk terus ke lokasi program.

Kami disambut hangat dengan jamuan tengahari Jumaat yang sememangnya membakar. Kemudian kami bergerak ke pasar untuk mencari sedikit keperluan. Kembali semula dan bertemu dengan sahabat bekas imam besar...pertemuan yang membuahkan persetujuan untuk pengisian program pada dua minggu akan datang.

Solat Jumaat di masjid agung dan kemudian bersiap untuk program. Taklimat memulakan langkah awal oleh penulis selaku KK dan diikuti oleh ice breaking dan dinamika kumpulan oleh tuan haji Z. Usai solat Maghrib ialah jati diri manakala usai Isya' kembara malam mengambil tempat dan dikemudi oleh Kapitan Deen.

Kembara ini bermula sekitar jam 10.00 malam dan hanya berakhir sekitar jam 2.00 pagi. Terdapat beberapa kumpulan yang kehilangan bendera menyebabkan penulis terpaksa menahan mereka dan memaksa mereka mendapatkan bendera dari fasi yang telah berjaya merampas bendera tersebut...

Sekitar jam 4.30, penulis bangun untuk memastikan peserta telah bangun dan bersiap untuk qiyam. Nampaknya peserta begitu bersemangat untuk meneruskan program mereka.

Menjelang Subuh, bunyi dentuman guruh mula kedengaran semakin kerap diikuti oleh hujan yang gerimis. Penulis bergerak ke masjid agung untuk menyempurnakan subuh. Usai subuh kembali untuk melihat aktiviti pelajar.

Kemudian dek kerana hujan masih belum menunjukkan tanda akan berhenti, riadah dibuat di bawah bumbung dan kanvas sebagaimana yang dirancang ditangguhkan. Usai sarapan, bergerak untuk ceramah dan kemudian kanvas semula. Semasa ceramah berlangsung, kami mengambil kesempatan untuk minum di pasar.

Kembali diasak dengan kanvas dan kemudian ceramah semula. Kemudian makan tengahari dan solat. Rally game dan kemudian amanah dan diakhiri dengan acara penutup serta tamat sekitar jam 5 petang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol