Kelas 10

Kelas kali ini agak berlainan sedikit rasanya. Tajuk perbincangan pada hari ini jika mengikut turutan berkisar mengenai al ma'thurat. Jika mengikut silibus asal ialah bacaan tahlil dan doa. Penulis telah mengubah tajuk tersebut semasa kursus TOT. Meskipun kelihatan garisan wajah kurang senang beberapa orang teman, namun mereka tidak pula menterjemahkannya dalam bentuk perkataan. Ini bermakna mereka tidak melarang tindakan tersebut.

Berbalik kepada kelas yang tidak berapa besar itu, kami pada hari ini memulakan kelas dengan perbincangan topik dajjal yang dijangka bakal muncul dalam jangkamasa terdekat berdasarkan kepada petunjuk aras tasik tiberia sebagaimana yang dituliskan dalam teks hadis dari Tamim Ad Dari. Juga membincangkan mengenai topik peperangan Armageddon yang pernah berlaku di medan tersebut sebelum diutus nabi Allah Daud antara tentera Jalut dan tentera Thalut yang dirakamkan dengan kemas di dalam surah Al Baqarah.

Pada awalnya penulis ingin membuka suratan al ma'thurat dari lipatan simpanan laman sesawang. Tetapi malangnya, capaian pada petang ini amat menyedihkan..Maka diutuskan dua orang lelaki untuk mendapatkan sebanyak mungkin naskhak al ma'thurat dari bangunan masjid lama. Namun sayangnya, mereka hanya menemui senaskhah sahaja. Mujurlah salah seorang dari mereka dapat memberikan teks berbentuk soft copy yang tersimpan kemas dalam pen drivenya..

Melalui pengamatan penulis, kebanyakan mereka bukanlah dari golongan yang istiqamah membaca al ma'thurat. Itulah juga perkara yang berlaku pada penulis. Ada suatu ketika begitu ghairah mengamalkannya hingga ke peringkat hampir dapat menghafaznya, namun kini ianya semakin pudar dari halaman hafalan penulis dek kerana tidak sempat untuk membacanya...

Selesai bacaan, maudu perbicangan berkisar mengenai politik sekali lagi. Entahkan mereka ini cuba memerangkap penulis, atau penulis cuba bertindak untuk merasionalkan pemikiran sebahagian daripada mereka yang kedengaran agak ketat dengan alam membangkang, penulis berjaya mengorek bahawa kesemua mereka yang telah mencapai usia 21 tahun yang telah layak mengundi masih malu-malu alah untuk mendaftar sebagai pengundi sedangkan jiwa muda mereka bergelora untuk merealisasikan lanskap politik baru negara yang dikatakan lebih berwibawa..

Penulis memberikan komen berkaitan Bersih 3.0 yang masih hangat diperkatakan di sana sini. Komen mudah sebagaimana pandangan salah seorang panel sahabat dalam forum tidak rasmi selepas mesyuarat ringkas petang tadi, bahawa beliau ini kurang gemar dengan tindakan gerakan gelombang kuning ini. Apakah yang boleh diperbaiki atau diperbetulkan? Adakah pemerintah akan terus teruja untuk melayan kehendak dan tuntutan mereka ini sebaik sahaj melihat ratusan ribu manusia melimpahi jalan-jalan raya?

Jika jawapannya masih tidak, sebagaimana yang kita semua tahu, apa perlunya turun berarak ini? Adakah ianya menepati kehendak Allah dan RasulNya SAW?

Bukankah demonstrasi ini pernah berlaku pada zaman Usman b Affan yang membawa kepada pembunuhan beliau dan keadaan kacau bilau sepanjang pemerintahan pengganti beliau hingga membawa kepada pemburuan dan pembunuhan serta usaha penghapusan etnik itrah suci Junjungan?

Maka fikir-fikirkanlah...dan akhir kelas diingatkan agar pelajar dapat membuat persediaan yang sepatutnya bagi menghadapi program yang dijangka dua minggu dari sekarang...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol