Internet broadband semakin lembab?

Sejak semalam...lebih jelas lagi malam semalam, apabila penulis cuba melayari laman sesawang dan ketika penulis cuba untuk update blog ini, kelihatan line yang dihalalkan untuk medium penyaluran hanyalah perkataan HSDPA sahaja. Tidak diketahui ke mana perginya talian 3G yang dijanjikan awal-awal langganan dahulu.

Penulis terpaksa mematikan lina beberapa kali dan kemudiannya menyambungkan kembali dengan penuh harapan...namun masih berkeadaan yang sama. Mujurlah jawapan ada di http://www.acapmanan.blogspot.com/

Setelah mengenalpasti petua dan mengikut apa yang dicadangkan, ya..ianya lebih baik daripada semalam...

Alangkah moleknya kalau penggunaan jalur lebar ini diberikan kepada rakyat secara percuma ataupun bayaran yang paling rendah...Jika benarlah kita ini ingin agar seluruh masyarakt dapat menggunakan kemudahan jalur lebar ini secara meluas..

Sayangnya, masih lagi terdapat hotel dalam negara yang bersidat kedekut untuk memberikan kemudahan wifi percuma kepada pelanggan.  Penulis telah beberapa kali menghadiri bengkel, mesyuarat dan kursus di serata Malaysia dan didapati hotel yang terperok di dalam hutan masih mampu membekalkan kemudahan jalur lebar percuma kepada pelanggan tetapi hotel di tengah bandar yang berusia agak lama, masih teragak-agak untuk menghiasi bilik-bilik pelanggan mereka dengan kemudahan tersebut, Sanggup mereka mengutip bayaran yang sebenarnya walau dianggap kecil, tetapi ianya tetap berupa bayaran tambahan dan sepatutnya kemudahan ini tidak boleh disamakan dengan kemudahan panggilan telefon melalui operator yang perlu dibayar.

Adakah hotel akan menanggung kerugian yang teruk sekiranya diberikan kemudahan ini kepada pelanggannya?

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol