Keluar sehari semalam je...
Maka setelah beberapa ketika terpaksa menukar tarikh dan masa, dengan beberapa mehnah dan ujian yang disediakan untuk bakal-bakal imam dan bilal ini, maka akhirnya pada pagi Sabtu 12 Mei 2012, pasukan pemuda seramai 27 orang ini akhirnya berjaya menaiki tangga bas organisasi untuk menuju ke surau jasa sepakat yang terletak di jalan dahlia kampung melayu kluang.
Untuk makluman, pasukan pemuda-pemuda ini kesemuanya adalah bukan berasal dari bumi jauhari ini. Oleh yang demikian, maka apabila disebut akan ke Kluang, mereka agak blur dan termanggu-manggu. Mungkin pada lintasan akal mereka, Kluang itu jauh dari pengkalan.
Sekitar jam 11.30 pagi, pengarah program telah membuat panggilan telefon untuk mengenalpasti lokasi sebenar. Menjelang zuhur, penulis hadir untuk melihat mereka. Bersalaman dan cuba mengenalpasti jika ada yang tercicir. Usai solat, sedikit taklimat diberikan. Peringatan juga dibuat agar tidak mencampuri urusan ceramah berbau politik yang bakal dilaksanakan malam nanti. Rumah Allah ini telah digenangi dengan beberapa helaian poster hebahan ceramah.
Sekitar jam 2.30, tuan guru saiful ariffin, mantan imam negeri johor yang dijemput telah muncul di surau. Penulis bergegas menuju ke surau semula. Topik yang dibincangkan berkisar mengenai hukum-hukum imamah dan muazzin. Pengalaman luas beliau sepanjang bertugas selaku imam dikongsi bersama dan amat meskipun suasana hanagat tengahari kadang kala mengusik keselesaan. Kemunculan beberapa kali maskot kebanggaan penduduk jalan dahlia di muka pintu surau telah menarik perhatian beberapa pelajar..
Menjelang Asr, TG minta izin mengundur diri. Usai solat, penulis kembali ke rumah dan pelajar dibiarkan beraktivioti.... Menjelang Maghrib, kembali ke surau bagi menyambut tetamu dari pejabat agama daerah yang diundang khas. Nampaknya mereka datang berdua, meskipun ustaz yang asal dijemput tidak dapat menghadirkan diri.
Ustaz pengganti juga boleh tahan membuat persembahan, hingga menjejak ke pukul 9.30 malam!! Penceramah diberikan sedikit cenderahati. Begitu juga dengan pengerusi surau.
Usai menikmati sedikit jamuan selepas Isya' acara ujian membaca khutbah dilaksanakan. Beberapa pelajar berjaya menjalani ujian meskipun kebanyakan dari mereka agak kurang mahir membaca tulisan jawi, kurang fasih membaca ayat-ayat al quran. Pun begitu kedapatan juga bakat-bakat muda yang dilihat mempu menggantikan para khatib pada zaman akan datang, Insya Allah.
Perujian ini hanya mengambil masa satu jam sahaja memandangkan mata penulis semakin kabur dan suara pula tiba-tiba menjadi serak-serak kering...
Usai subuh keesokan paginya, kuliah oleh mantan YB. Menyentuh mengenai gerakan yahudi dan ancamannya. Sayangnya, dia juga memasukkan anasir politik dan cuba juga membelah pemikiran pelajar suci bahawa perhimpunan haram yang baru berlaku itu dianggap sebagai salah satu provokasi yang direka oleh yahudi. Sayang sekali, beliau lupa memberi contoh dari pihak sebelah sini pula...
Kembali selepas kuliah ke rumah. Beberapa minit kemudian, telefon dari pengarah hinggap di HP penulis. Rupanya mereka telah bersiap untuk pulang...Tatkala tiba, mereka sudah berkumpul di hadapan surau manakal bas juga telah sedia menanti. Selepas mengambil gambar, kami pun berpisah buat sementara waktu..
Moga-moga Allah meredhai pemuda-pemuda ini... Ya Allah..Jadikanlah mereka dari kalangan pemuda yang bakal membantu misi al mahdi yang ditunggu2...Wallahu a'lam

Ulasan