Kelas kelima

Kelas kali ini juga bermula agak lewat hingga menjejak ke pukul 5.15 petang barulah penulis berjaya tiba. Pelajar sudah ada yang duduk di luar.

Kelas ini merupakan kelas yang santai sebenarnya. Ia memerlukan pelajar mengaktifkan diri mereka....bukan seperti kelas akademik biasa yang menonjolkan penampilan guru hampir 70 ke 80% di dalam kelas.

Dan hari ini juga ada pembentangan berkaitan kaedah peminjaman peralatan daripada pihak pejabat dan juga permohonan penggunaan bas. Pembentangan juga berkisar berkaitan lagu dan juga video yang bakal ditayangkan.

Pelajar pada kali ini lebih aktif dan banyak menggunakan alatan pembentangan bersifat interaktif. Mereka juga agak aktif di dalam kelas khususnya lelaki. Pelajar perempuan agak kurang menyerlah tetapi penulis yakin mereka mampu melaksanakan program seperti yang telah dirancang.

Sememangnya pembentangan dengan masa persiapan awal adalah lebih baik dan berkeadaan sedia berbanding perbincangan di dalam kelas dan kemudian membuat pembentangan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol