dari W27 ke N27 - volume IV

salam sejahtera

Dah terlalu lama tak jengok blog nih...dek kerana kesibukan duniawi... Jangkahayat penulis di Pejabat Agama Daerah Kluang rupanya tidak berapa panjang. Bak kata orang tua-tua, kusangka panas hingga ke petang ...rupanya gerimis mengundang di tengah hari..

Sebenarnya masih terngiang-ngiang di telinga penulis pada hari pertama penulis menjejak kaki ke MAIJ.. " Anda semua insya allah akan dapat jawatan tetap. Pihak kami sedang mengusahakan untuk itu.." Rupa-rupanya itu hanyalah retorik golongan penguasa agama untuk menyedapkan telinga sang hambe berstatus KONTRAK agar tidak lagi menoleh ke lain dalam bekerja .. agar kesetiaan terus terpahat di hati nurani .. agar keihklasan boleh terpancar di wajah pemuda-pemuda yang baru memulakan diari kehidupan mereka dalam dunia pekerjaan yang penuh dengan persaingan dan juga kepura-puraan..

Penulis hanya sempat bekerja dan bergaul rapat dengan para penguasa agama sekitar dua penggal dari tempoh kontrak. Sememangnya semasa akhir penggal pertama, sekitar tahun 1999, menjelang februari ...perasaan menjadi berdebar-debar dan tidak tentu arah. Di kotak fikiran terbayang...kalaulah kontrakku ditamatkan...bagaimana? Meskipun apabila kita berjaya menyelesaikan kontrak selama dua tahun (bagi kami di pejabat agama) kita akan mendapat ganjaran sebulan gaji, namun keputusan penyambungan kontrak itu menjadi satu igauan dan boleh menyebabkan terganggunya mimpi di malam hari ...

Sememangnya dalam kontrak jelas dinyatakan bahawa dalam masa 6 bulan sebelum tamat kontrak, staf boleh memohon penyambungan sekiranya masih berminat dan pihak penguasa perlu memberikan jawapan dengan seberapa segera sama ada masih memerlukan staf tersebut ataupun tidak. Dan kami selalunya hanya mendapat jawapan sekitar seminggu sebelum tamatnya kontrak...sungguh lambat, memualkan serta penuh acara kezaliman yang terancang!!

Dan penggal kedua perkhidmatan penulis, telah menunjukkan tanda-tanda bahawa penulis akan segera 'dihalau' dari pejabat penguasa agama..penulis tidak langsung diberi peluang untuk menghadiri kursus berbanding rakan-rakan yang lain. Kami para PPP - Penolong Pegawai Penaksir juga semakin aggresif mendesak HQ untuk menyatakan fungsi dan tugas sebenar PPP di daerah. Hasilnya, satu senarai panjang difakskan ke setiap daerah.

Dan pada penggal terakhir, sekitar tahun 2001, jawapan yang diberikan ke atas permohonan penyambungan diberikan agak awal oleh pihak HQ. Mesipun disokong penuh oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah pada masa itu, namun penulis dan sahabat di Muar hanya disambung selama 6 bulan sahaja, manakala sahabat di Segamat terus ditamatkan kontrak. Hasilnya, sahabat di Muar terus tidak hadir ke pejabat mungkin sebagai tanda protes. Penulis masih berkhidmat di pejabat penguasa agama. Cuma setiap hari hanya mencari kerja dan menulis resume serta mengisi borang-borang permohonan. Ibu penulis agak risau dengan keadaan ini. Oleh kerana penulis dianggap tulang belakang keluarga selepas pemergian ayahanda tercinta, ditambah lagi dengan perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada 2002, perkara ini adalah satu ujian dan ianya perlu diselesaikan.


Penulis telah hadir menemui pengarah sendiri untuk mendapatkan penjelasan. Alasan yang diberikan, pihak HQ telah membuat semakan, dan mereka hanya akan melantik mereka yang berkelulusan akaun sahaja, dan menolak yang berkelulusan pentadbiran awam. Begitu mudah? ironinya, salah seorang dari sahabat yang juga berkelulusan yang sama tidak pula ditamatkan...

Penulis juga mengadap YB pemegang portfolio agama ketika itu, namun jawapannya juga menghampakan dengan alasan-alasan politik yang pada pandangan penulis sengaja direka-reka!!

Dan begitulah seterusnya yang berlaku, namun kuasa Allah tiada siapa yang mampu menghalangnya. Benarlah hadis rasul SAW bahawa doa orang yang dizalimi diangkat kelangit. Penulis telah mendapat pelbagai temuduga, di organisasi sekarang yang penulis berada, tetapi gagal pada masa itu, di pejabat daerah selaku Pegawai Eksekutif juga gagal, dan selaku penghulu N27...alhamdulillah berjaya berkat sokongan dan dokongan beserta keberkatan doa sahabat-sahabat. Sahabat di Muar juga berjaya menjawat jawatan di KWSP, begitu juga sahabat di Segamat yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, berjaya selaku penolong kurator.

Penulis meninggalkan pejabat penguasa agama selepas 4 tahun berada di sana dan memulakan tugas baru selaku penghulu mukim dan ditempatkan di dalam daerah batu pahat.

Penulis agak kesal kerana terpaksa meninggalkan pejabat dek kerana kerakusan pihak-pihak tertentu dan merasakan tiada keadilan yang diberikan. Dan yang paling menjengkelkan, pengganti penulis adalah ahli keluarga rapat pengarah sendiri...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol