Solat Isya di surau suatu kampung
Hari kedua dari tarikh rasmi keputeraan Junjungan penulis sekeluarga bergerak menuju ke kampung kelahiran arwah ayahanda. Disini masih ada rumah kepunyaan bapa saudara yang masih hidup dibina bersebelahan tapak rumah arwah nenda penulis.
Menjelang waktu Isya penulis bergerak keluar mencari surau atau masjid yang berhampiran. Surau yang paling hampir tidak dihiraukan kerana nawaitu asal hendak ke masjid. Di masjid, lampu bangunan itu dihidupkan tetapi tiada seorang jamaah yang hadir. Adalah disyaki mereka menghadiri majlis tahlil di rumah si mati terlebih dahulu kemudian akan kembali semula ke masjid selepas selesai.
Penulis bergerak lebih ke hadapan untuk mencari surau dan akhirnya bertemu. Tatkala itu hanya ada dua orang jamaah iaitu imam dan muazzin. Azan sedang dikumandangkan tetapi tanpa pembesar suara....
Kemudian selepas solat sunat bilangan jemaah hanya bertambah seorang lagi iaitu penulis sendiri!!
Usai solat bergerak keluar dan memandang sekeliling masih banyak rumah yang diterangi cahaya di sekeliling surau menandakan ahli qaryah masih ramai, namun jamaah yang mampu hadir hanya dua orang sahaja.
Mungkin juga yang tinggal di rumah hanya wanita sahaja dan juga lelaki tua yang sudah uzur. Boleh jadi juga orang lelaki gagah sudah berpindah ke bandar. Ada juga kebarangkalian kebanyakan mereka hadir ke masjid lantas ke majlis tahlil yang dianjurkan selepas Maghrib.
Moga ianya adalah tanggapan yang benar. Mana mungkin para penyambut maulid tegar tahunan ini begitu mudah melupakan sunnah sang kekasih yang dipuja dan diagungkan setiap tahun. Mana mungkin mereka tersilap membuat ijtihad terhadap solat berjamaah selang dua hari dari majlis sambutan maulid peringkat kebangsaan. Bukankah mereka turut serta dalan perarakan dua hari sebelumnya?

Ulasan