Teluk Gorek oh Teluk Gorek
18 Januari 2013 - pergerakan pertama bersama kumpulan ini selepas berehat hampir enam bulan. Kali ini kami ditugaskan untuk menggerakkan program pelajar baru pra diploma. Lokasi yang dijanjikan ialah Telok Gorek.
Penulis memulakan musafir dari rumah dengan menumpang van organisasi. Kenderaan tersebut tiba di hadapan rumah penulis sekitar jam 10.15 pagi. Di dalam van putih jenis toyota itu terdapat beberapa orang rakan yang turut serta.
Cuaca adalah dalam keadaan yang amat baik. Kenderaan dipandu agak laju. Berbual dengan ayahanda berkaitan pengalaman kehidupan dan juga kisah persatuan serta organisasi. Juga dibangkitkan mengenai program survivor yang sudah dirancang begitu lama tetapi masih gagal untuk direalisasikan. Penulis juga mencadangkan agar diadakan pertemuan yang lebih kerap sesama rakan dan dibuat ala usrah untuk memantapkan dalaman ahli.
Kami tiba di pekan Mersing sekitar jam 11 pagi. Cuaca memang baik. Kami singgah sebentar untuk mendapatkan sedikit keperluan diri.
Perjalanan diteruskan lagi hingga kami tiba di tapak program. Kelihatan deretan bangunan chalet yang menarik. Peserta juga telah tiba meskipun masih ada sebuah bas lagi yang masih belum sampai.
Sebaik tiba kami berlari mencari tandas. Masalah pertama yang kedengaran menyambut cuping telinga nipis ini ialah bas telahpun pulang ke pengkalan sedangkan hari ini adalah hari Jumaat dan peserta lelaki berpuluh jumlahnya.
Tidak mungkin fatwa di Kota Tinggi dikeluarkan lagi. Dengan kekuatan sebuah van, sebuah hilux dan sebuah inova, maka bergilir peserta dan fasi tanpa kenderaan diangkut ke masjid di qaryah berhampiran.
Tiba di perkarangan masjid bersama inova sekitar jam 12.45 tengahari. Cuaca agak redup menandakan kedatangan hujan semakin hampir.
Dalam perut masjid, ahli qaryah kelihatan kurang dari para peserta dan fasi sendiri. Imam kelihatan masih muda dan bertenaga. Tatkala awal khutbah, kami diperlihatkan dengan beberapa peserta yang sibuk melayani HP masing-masing...
Tatkala hujan turun, khatib masih di atas mimbar. usai solat, hujan sudah reda. Kami bergerak pulang juga dengan innova. Tatkala tiba, kami menikmati jamuan tengahari yang amat menyelerakan...
Kami kemudian berkira-kira untuk masuk ke hutan lebih awal. Setelah mendapat lampu hijau dari ayahanda, penulis, PH, TG dan PM serta beberapa orang runner bergerak masuk ke lapangan trek kembara yang dijangka akan berlaku keesokan harinya.
Trek kembara kelihatan tidak terlalu mencabar. Paling mencabar ialah di CP yang ada bukit yang perlu ditawan, dan sungai yang perlu diredah. Sebenarnya sungai itu hanyalah muara yang kedalaman airnya hingga ke paras pinggang...
Kami ditimpa hujan tatkala berada di atas bukit yang curam untuk didaki apalagi dituruni ...
Kami kemudian kembali ke kem sekitar jam 5.30 petang. Berlari ke dewan kerana ingin bersama pelajar untuk sesi pembentukan kumpulan bersama fasilitator ..
Hujan turun semakin lebat. Selesai program di dewan, kami ke dewan makan untuk menikmati jamuan malam. Hidangan adalah sea food....ketam dibelah dua tapi saiz agak kecil...
Hujan semakin mencurah. Khemah yang didirikan untuk penginapan peserta sudah dimasuki air. Ada yang terbang dibawa angin.
Maghrib menjelang bersama hujan yang nampaknya sukar untuk berhenti. kami solat di surau yang mempunyai pemisah di bahagian tengah. Susunan saf, lelaki di sebelah kanan manakala perempuan di sebelah kiri surau. Sungguh jauh dari ajaran Rasul SAW...
Hujan masih lebat di luar. Usai solat kami tergesa2 keluar menuju dewan untuk mesyuarat bersama fasi.
Mesyuarat pada maghrib itu setuju agar pelajar perempuan tidur di surau manakala lelaki tidur di dewan disebabkan khemah telah basah ditelan kederasan hujan yang turun. Meskipun pada asalnya dicadangkan agar lokasi tidur adalah sebaliknya, namun selepas diperbincangkan dengan agak hangat, diputuskan seperti itu.
Peserta masuk ke dewan hanya selepas jam 9.30 malam selepas mengikuti jati diri. Pembentangan dikendalikan oleh penulis dengan membahagikan kepada dua lokasi pembentangan yang berbaza kerana masalah masa.
Penulis mengawal pembentangan di dalam dewan manakala PH mengawal pembentangan di dewan terbuka.
Pembentangan berjalan dengan agak ceria dan kadangkala tegang apabila peserta tegas mempertahankan kumpulan masing-masing.
Pembentukan kumpulan dibuat berdasarkan kepada tajuk bebas untuk mencungkil warna sebenar para peserta. Ternyata nawaitu itu dimaqbulkan Allah kerana kita secara jelas diperlihatkan dengan corak pemikiran pelajar lepasan SPM ini. Kebanyakan dari mereka hanya terikut-ikut rentak tarian remaja terkini dan terlalu minima yang mengagungkan Islam apalagi Rasul...
Agak memeranjatkan apabila ada di kalangan kumpulan peserta perempuan menampilkan nama yang sinonim dengan agama lain hingga kami hampir-hampir berburuk sangka berkaitan aqidah peserta berkenaan!
Hujan yang turun terus lebat malam itu membatalkan niat kami untuk mencari sesuatu buat diminum...
Sekitar jam 5.00 pagi ada diantara kami yabg sudah bangun. Dorm yang menempatkan 10 katil double decker membuatkan kenangan semasa berada di SBP menujah pemikiran. Bilik air berkongsi kolah dengan pecahan 4 dan 2 tandas.
Menjelang waktu subuh bergerak ke dewan yang juga diubahsuai menjadi dorm lelaki dan juga musalla disebabkan oleh khemah yang telah dipenuhi air....
Usai subuh, ustazah tampil menyampaikan kuliah. Kami bergerak ke dewan makan untuk sarapan. Hujan sepertinya telah berhenti namun tompok-tompok mendung masih menghiasi langit.
Selepas sarapan nasi lemak dan mee goreng, kami bersiap untuk kembara. Di luar, hujan mula turun.
Tatkala keluar dari dorm, hujan masih turun. Ayahanda masih belum habis bersama peserta. PH muka resah menantikan giliran untuk memberi taklimat. Penulis dan dua rakan penunggu di CP duduk menanti tibanya masa untuk berlepas. Penulis masih tercari-cari baju hujan percuma untuk dipakai buat menahan tumpahnya hujan ke baju tetapi gagal. Akhirnya ditemui plastik besar bekas tilam baru.
"Bolehlahhh....daripada basah..."
Akhirnya selepas bacaan doa kami bertiga bergerak ke CP meredah hujan yang tidak kelihatan akan berhenti. Hanya dengan berbekalkan plastik tilam baru, penulis bergerak dalam hujan menyusur tepian pantai menuju ke CP di muara.
Tiba disungai, kami memilih kawasan yang lebih cetek. CP tersebut tiada sebarang lindungan yang wujud. Mujurlah hujan kerap turun dan cuaca redup. Kalau panas tentu kena sun burn.
Sementara menunggu, kami sempat disapa dua kali hujan. Terpaksa berlindung di bawah khemah plastik yang tidak berapa siap.
Kumpulan pertama dan kedua yang dilrpaskan filaporkan sesat dan gagal menemui CP I. Ini bermakna kami terpaksa menunggu lebih lama.
Sekitar jam 9.30 barulah muncul kumpulan pertama dan kedua sekaligus. Hal ini menyebabkan kami bersetuju mengadakan tiga dalam 1. Pertama untuk taaruf, kedua untuk penyerahan belon dan ketiga untuk aktiviti sungai dan diikuti pula oleh aktiviti memanjat gunung.
Selepas memanjat gunung, untuk ke seberang terpaksa menyusur masuk ke sungai pula.
Kumpulan terakhir tiba sekitar jam 2 petang dalam keadaan hujan lebat. Air juga mula pasang menyebabkan kami penunggu bertiga di CP terpaksa menyeberang segera dek kerana kepanikan. Kumpulan terakhir ini agak beruntung kerana dapat berada di dalam air pada waktu hujan turun dan juga tidak memanjat trek bukit dek kerana faktor keselamatan.
Sekitar jam 3 petang tiba di base camp dalam keadaan basah kuyup. Penulis kemudian membersihkan badan, solat dan berehat.
Sekitar jam 5 petang bergerak meredah hujan lagi menuju ke kantin. Hidangan berupa keropok lekor dan juga sata.
Kumpulan terakhir hanya tiba sekitar jam 6 petang menyebabkan refleksi terpaksa ditangguhkan sehingga selepas solat maghrib. Tatkala usai maghrib, refleksi berlangsung tetapi bukan seperti yang direncanakan. Masanya sangat pendek dan boleh dianggap tidak mencapai matlamat dan sasaran.
Acara tangisan yang menjadi silibus utama dan nadi program mengambil tempat selepas makan malam.
Penulis dan PH hanya berehat di kantin sambil menonton tv sehingga selepas 30 minit. Kemudian kami masuk ke dewan untuk mendengar acara menulis surat.
Kami kemudian keluar untuk minum di Endau. Menemui gerai yang menghidangkan sup ekor yang enak dengan milo ais yang pekat. Port yang baik untuk ngeteh. Kami hanya kembali ke base camp sekitar jam 2 pagi dengan PH membuka kisah2 seram sepanjang perjalanan manakala suasana jalan semakin diliputi kabus!!
Jam 5.00 pagi bangun untuk acara qiyam. Kemudian diikuti jamrah hikmah. Kami hanya kembali ke bilik dan sebelum itu menikmati sarapan pagi berupa mee siam dan nasi goreng.
Berehat sebentar di katil sebelun bersiap untuk acara penutup.
Acara penutup dimulakan dengan ulasan barang amanah dan seterusnya ucapan demi ucapan oleh para pimpinan. Ia diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan sementara menunggu montaj disiapkan, dihiasi dengan acara nasyid...
Sebelum zuhur selepas makan, penulis dan PH angkat kaki bersama tn haji meredah hujan. Kami singgah solat di kg contoh kahang...

Ulasan